‘Pusher’ warga asing tumpas, polis rampas syabu dalam kotak rokok

MUKAH – Taktik seorang lelaki warga asing yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan atau pusher akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam satu serbuan di Kampung Sesok pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat dan risikan.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan 14 keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Muhamad Rizal, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua dadah seberat 5.82 gram itu disembunyikan di dalam sebuah kotak rokok bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya, suspek berserta barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM300 itu dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan suspek yang bekerja sebagai buruh itu juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 24 Mei ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan,” jelas beliau.

Related Posts

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti. Naib Canselor UMS, Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Mayor Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS