Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

TONGOD – Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan pedalaman menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk memastikan daerah Tongod tidak tercicir daripada arus kemajuan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, sepanjang tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, Tongod merekodkan lonjakan signifikan dalam pembangunan infrastruktur meliputi jaringan jalan raya, sektor ekonomi, pendidikan serta potensi pelancongan lestari.

“Kerajaan komited memperkasakan rangkaian jalan raya yang menghubungkan Tongod dengan daerah luar seperti Keningau, Telupid, Sandakan dan Tawau bagi meningkatkan mobiliti rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi hiliran di sini.

“Tongod mempunyai kawasan tanah yang luas dan berpotensi untuk pembangunan pertanian moden.

“Kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai insentif bagi membantu transformasi pertanian sara diri kepada pertanian komersial yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat,” ujarnya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod Tahun 2026 di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod, pada Rabu.

Tambah Hajiji, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius terhadap pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda di kawasan pedalaman menerusi pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran.

“Kita mahu anak-anak muda di Tongod merebut peluang melanjutkan pengajian termasuk dalam bidang kemahiran kerana mereka adalah pemimpin masa depan negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita mengenai cadangan pembinaan pekan baharu Tongod, Hajiji berkata projek itu akan dilaksanakan sebuah syarikat swasta di tapak tanah milik mereka sendiri.

“Satu syarikat swasta akan membangunkan pekan baharu Tongod di tanah mereka sendiri, termasuk membina pejabat kerajaan. Jadi, kita mengalu-alukan kerjasama di antara syarikat swasta dan kerajaan.

“Dengan sokongan wakil rakyat di sini, usaha ini dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh yang terdekat ini,” jelasnya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sebanyak 239 geran tanah Native Title (NT), dengan keluasan 583.38 hektar (1,441.57 ekar) kepada rakyat Tongod.

Daripada jumlah itu, sebanyak 199 geran melibatkan keluasan 500.09 hektar (1235.75 ekar) adalah NT biasa. Manakala geran deraf PANTAS melibatkan 7 mukim, sebanyak 40 geran dengan keluasan sebanyak 83.29 hektar (205.82 ekar).

Tambah Hajiji, Tongod juga memiliki khazanah alam yang amat bernilai termasuk Kawasan Konservasi Kanyon Imbak yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai hab eko-pelancongan lestari Sabah.

Kedudukan Tongod yang berada di tengah-tengah geografi Sabah menjadikan daerah itu sebagai ‘The Heart of Sabah’ atau jantung negeri yang menyatukan wilayah utara, selatan, timur dan barat Sabah.

Related Posts

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar