SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang melepaskan dan membebaskan anak bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM19,000.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Fariz Abdul Hamid berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan notis rayuan dalam tempoh 14 hari bagi semakan lanjut terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Terdahulu, Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan sekali gus melepaskan dan membebaskan Mohd Syafeeq tanpa dipanggil membela diri.

Semasa membacakan penghakimannya, Nu’aman berkata, mahkamah meneliti dua isu utama sepanjang perbicaraan iaitu berkaitan pengesahan bahan bukti kes serta penentuan sama ada Orang Kena Tuduh (OKT) merupakan seorang ejen.

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan.

“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Sepanjang prosiding, seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan sebelum ini, Mohd Syafeeq, 37, didakwa mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu membabitkan Pesanan Bekalan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Perlis dengan niat memperdayakan tuntutan berjumlah RM19,505.10 pada 14 Februari 2024.

Related Posts

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk berdepan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal, malah menyarankan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta