Kamil hormati keputusan Mandiri, tiada halangan jika tindakan perundangan dipilih

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menghormati keputusan Mandiri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau berhubung kenyataannya berkaitan dakwaan aliran dana asing.

Muhammad Kamil mengesahkan menerima Surat Tuntutan (LoD) daripada Pengarah Eksekutif badan kerajaan (NGO) itu, Amir Hadi yang diserahkan menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Katanya, beliau menghormati proses dan pendirian NGO terbabit yang mahu mencari kebenaran dan penjelasan berhubung kenyataanya mengenai aliran dana asing digunakan untuk membiayai propaganda serta kegiatan bertentangan undang-undang.

“Saya kekal menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukanlah satu bentuk tekanan politik atau serangan terhadap kumpulan masyarakat sivil. Saya mengiktiraf peranan masyarakat sivil sebagai rakan penting dalam pembangunan negara dan pengukuhan demokrasi.

”Saya percaya perkara ini sebenarnya boleh sahaja diperjelaskan melalui penjelasan balas kepada dakwaan yang berlegar. Namun jika tindakan mahkamah menjadi pilihan untuk menyelesaikannya, maka saya tiada halangan dan berbesar hati untuk menuruti proses ini dengan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu, Amir yang merupakan Pengarah Eksekutif Mandiri memaklumkan NGO berkenaan menuntut saman RM10 juta susulan dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat Kamil pada 17 Mei lalu.

Katanya, ia berhubung kenyataan yang mengaitkan Mandiri dengan penerimaan dana asing, dengan tujuan antara lain untuk propaganda politik, operasi tentera siber, mencatur naratif politik domestik, ancaman keselamatan negara serta proksi kepada kuasa asing.

Selain itu, Amir mendakwa, Muhammad Kamil turut menyebut bahawa terdapat tujuh transaksi sebanyak RM686,729 dibuat kepada Pengarah Eksekutif Mandiri serta beberapa yang lain yang turut dikaitkan dengan Mandiri.

Sementara itu, Kamil sekali lagi menegaskan, isu yang dibangkitkan beliau adalah tanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan khusus berkaitan penyelewengan yang telah tersebar kepada umum.

”Sepanjang ini juga, kami sering diserang dan digambarkan seolah-olah sebuah rejim yang zalim serta menindas.

”Namun hakikatnya, ruang untuk Mandiri dan pelbagai organisasi masyarakat sivil terus bersuara, mengkritik malah menyerang samada pemimpin mahupun institusi negara tetap terbuka dan tidak pernah dihalang bahkan jauh lebih baik daripada regim pemerintah sebelum ini,” katanya.

Related Posts

PRN Johor: BN tidak akan khianati Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Tidak timbul soal Barisan Nasional (BN) mengkhianati Kerajaan Perpaduan susulan pendirian yang disuarakan gabungan itu di peringkat Johor berhubung persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN bakal berubah, rakyat Johor bukan lagi ‘deposit tetap’ BN

TEBRAU – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun 2022 tidak boleh dijadikan ukuran mutlak bahawa rakyat negeri ini akan terus memberikan sokongan sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

72 pemenang pingat terima insentif RM383,116 dari Kerajaan Negeri Sabah

72 pemenang pingat terima insentif RM383,116 dari Kerajaan Negeri Sabah

Sukan SEA 2027: RM636.5 juta diperuntuk naik taraf 11 kemudahan sukan

Sukan SEA 2027: RM636.5 juta diperuntuk naik taraf 11 kemudahan sukan

Bekas Pengarah JANS dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta

Bekas Pengarah JANS dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta

42 rakaman audio, 11 video dikemukakan dalam prosiding kes Zara

42 rakaman audio, 11 video dikemukakan dalam prosiding kes Zara

Gajah Borneo ditemukan mati, gading dipercayai dipotong

Gajah Borneo ditemukan mati, gading dipercayai dipotong

IPT, Kolej Komuniti perlu turun ke kampung bangunkan masyarakat – Zambry

IPT, Kolej Komuniti perlu turun ke kampung bangunkan masyarakat – Zambry