Himpunan Bangkit Sabahan 2.0 desak buka semula siasatan penyelewengan KKLW

KOTA KINABALU – Himpunan Bangkit Sabahan 2.0 akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan dana RM1.5 bilion projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.

Penasihat Sekretariat Himpunan Sabahan 2.0, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, perhimpunan aman tersebut diadakan demi menuntut ketelusan, akauntabiliti dan keadilan terhadap kes berprofil tinggi yang sehingga hari ini terus menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Sabah.

Katanya, tarikh serta lokasi rasmi himpunan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas perbincangan bersama NGO dan badan masyarakat sivil yang menyokong perjuangan membanteras rasuah serta mempertahankan hak rakyat Sabah.

Beliau berkata, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu merupakan bekas Menteri (KKLW) pernah ditahan reman SPRM pada Oktober 2017 bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain itu, lebih 50 individu turut dipanggil memberi keterangan manakala beberapa individu lain termasuk ahli politik dan pegawai berkaitan turut ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Saya sendiri turut membuat laporan rasmi kepada SPRM kira-kira sembilan tahun lalu serta menyerahkan beberapa dokumen dan bukti berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional pada Ogos 2018 di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan bahawa kes berkenaan telah digugurkan.

Menurutnya, keputusan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan keresahan rakyat kerana kes melibatkan dana pembangunan luar bandar Sabah bernilai RM1.5 bilion bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan.

“Rakyat Sabah berhak mengetahui mengapa kes sebesar ini dihentikan serta apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Tegas Zulkarnain, himpunan Bangkit Sabahan 2.0 akan menjadi platform rakyat Sabah untuk menyuarakan tuntutan agar SPRM tampil memberi penjelasan terbuka dan profesional kepada rakyat tanpa sebarang campur tangan politik.

“Ia juga diadakan sebagai tanda solidariti serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam mempertahankan kestabilan politik, hak Sabah dan kepentingan rakyat negeri ini daripada sebarang cubaan politik yang boleh mengganggu pentadbiran negeri.

“Himpunan Bangkit Sabahan 2.0 dianjurkan atas prinsip perjuangan rakyat Sabah dan bukan didalangi mana-mana parti politik pembangkang mahupun pihak berkepentingan luar.

“Matlamat utama himpunan ini adalah untuk memastikan isu rasuah serta kepentingan rakyat Sabah terus diperjuangkan secara aman, tegas, profesional dan berlandaskan undang-undang,” tambahnya.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus