Kamil hormati keputusan Mandiri, tiada halangan jika tindakan perundangan dipilih

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menghormati keputusan Mandiri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau berhubung kenyataannya berkaitan dakwaan aliran dana asing.

Muhammad Kamil mengesahkan menerima Surat Tuntutan (LoD) daripada Pengarah Eksekutif badan kerajaan (NGO) itu, Amir Hadi yang diserahkan menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Katanya, beliau menghormati proses dan pendirian NGO terbabit yang mahu mencari kebenaran dan penjelasan berhubung kenyataanya mengenai aliran dana asing digunakan untuk membiayai propaganda serta kegiatan bertentangan undang-undang.

“Saya kekal menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukanlah satu bentuk tekanan politik atau serangan terhadap kumpulan masyarakat sivil. Saya mengiktiraf peranan masyarakat sivil sebagai rakan penting dalam pembangunan negara dan pengukuhan demokrasi.

”Saya percaya perkara ini sebenarnya boleh sahaja diperjelaskan melalui penjelasan balas kepada dakwaan yang berlegar. Namun jika tindakan mahkamah menjadi pilihan untuk menyelesaikannya, maka saya tiada halangan dan berbesar hati untuk menuruti proses ini dengan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu, Amir yang merupakan Pengarah Eksekutif Mandiri memaklumkan NGO berkenaan menuntut saman RM10 juta susulan dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat Kamil pada 17 Mei lalu.

Katanya, ia berhubung kenyataan yang mengaitkan Mandiri dengan penerimaan dana asing, dengan tujuan antara lain untuk propaganda politik, operasi tentera siber, mencatur naratif politik domestik, ancaman keselamatan negara serta proksi kepada kuasa asing.

Selain itu, Amir mendakwa, Muhammad Kamil turut menyebut bahawa terdapat tujuh transaksi sebanyak RM686,729 dibuat kepada Pengarah Eksekutif Mandiri serta beberapa yang lain yang turut dikaitkan dengan Mandiri.

Sementara itu, Kamil sekali lagi menegaskan, isu yang dibangkitkan beliau adalah tanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan khusus berkaitan penyelewengan yang telah tersebar kepada umum.

”Sepanjang ini juga, kami sering diserang dan digambarkan seolah-olah sebuah rejim yang zalim serta menindas.

”Namun hakikatnya, ruang untuk Mandiri dan pelbagai organisasi masyarakat sivil terus bersuara, mengkritik malah menyerang samada pemimpin mahupun institusi negara tetap terbuka dan tidak pernah dihalang bahkan jauh lebih baik daripada regim pemerintah sebelum ini,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang