Kualiti internet bidang kuasa MCMC, Sarawak sedia sokong usaha kerajaan Persekutuan

KUCHING – Perkara berkaitan pengawalseliaan sektor telekomunikasi dan pemantauan mutu perkhidmatan rangkaian merupakan bidang kuasa penuh kerajaan Persekutuan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, peranan penting itu digalas menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan Sarawak sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menyokong dan melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, komitmen itu dibuktikan menerusi penubuhan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi menyelaras pembangunan kemudahan telekomunikasi di negeri ini.

“Penubuhan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi juga menunjukkan kesungguhan Sarawak dalam memainkan peranan yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Tambah Julaihi, sinergi yang utuh antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan amat penting bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur komunikasi.

Ujarnya, ia bertujuan memastikan matlamat untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dengan luar bandar agar dapat diselesaikan.

Bagi merealisasikan usaha bersama itu, beliau menjelaskan, Sarawak turut melaksanakan intervensi strategik menerusi peruntukan RM2.3 bilion di bawah inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN).

Langkah sokongan tersebut, katanya, dilaksanakan bagi melancarkan peluasan capaian internet agar tiada rakyat Sarawak di luar bandar yang tercicir daripada arus pendigitalan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu