Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

LUMUT – Cubaan sebuah vesel nelayan asing Indonesia menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dalam operasi di kedudukan kira-kira 15 batu nautika utara Pulau Jarak, dekat sini pada Ahad.

Dalam serbuan sekitar jam 2.32 petang itu, empat warga Indonesia termasuk tekong berusia antara 20 hingga 34 tahun diberkas bersama sebuah vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM2 juta.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pemeriksaan ke atas vesel jenis tradisional itu mendapati ia dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa permit sah di perairan Malaysia.

Menurut beliau, kesemua kru terbabit turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.

“Vesel terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa permit yang sah, selain dipercayai melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, semua kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan dan hasil laut kemudiannya ditahan sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh bagi tujuan siasatan lanjut.

Mohamad Shukri menegaskan, Maritim Malaysia Negeri Perak akan terus memperhebat rondaan serta operasi penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan vesel nelayan asing di perairan negara.

“Kegiatan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah memberi kesan kepada sumber perikanan tempatan serta mengancam keselamatan perairan negara,”ujarnya.

Beliau turut menyeru komuniti maritim agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Foto: APMM

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak