Suntikan RM150 juta tamatkan isu elektrik di Samarahan menjelang 2028

KUCHING – Keresahan penduduk di Samarahan berhubung isu gangguan bekalan elektrik bakal berakhir apabila kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi menaik taraf infrastruktur berkenaan.

Projek secara berfasa melibatkan talian pengagihan sepanjang 123.5 kilometer itu dijadualkan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2028.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan prestasi bekalan elektrik di lima daerah utama iaitu Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan, dan Gedong.

Menurut beliau, kerja menaik taraf infrastruktur itu telah pun bermula sejak November tahun lalu.

“Bagi memastikan kualiti bekalan elektrik yang boleh diharap terutama di kawasan luar bandar, kementerian melalui Sarawak Energy giat memperkukuhkan prestasi sistem bekalan secara berperingkat.

“Kebanyakan gangguan bekalan elektrik khususnya di luar bandar adalah berpunca daripada gangguan terhadap talian tidak berpenebat seperti haiwan, dahan-dahan pokok, dan kilat,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Justeru, beliau menjelaskan kerajaan Sarawak mengambil langkah menaik taraf talian terbabit menggunakan teknologi talian voltan sederhana berpenebat (MVCC).

Mengulas lanjut berkenaan perincian projek mega di Samarahan itu, Julaihi berkata ia dibahagikan kepada lima skop utama.

Antaranya merangkumi pemasangan talian MVCC dari Asajaya ke Jambatan Batang Sadong sepanjang kira-kira 23.2 kilometer (km) yang dijangka siap pada suku pertama 2028.

Ia turut melibatkan pemasangan dua kabel dasar membelah Sungai Batang Sadong sepanjang 1.8 km yang dijadualkan siap pada suku keempat 2028.

Manakala laluan dari Jambatan Batang Sadong ke Sebuyau, pemasangan talian MVCC sejauh 38 km disasarkan siap menjelang suku keempat 2028.

Bagi laluan dari Jambatan Batang Sadong ke Simunjan pula, talian MVCC sepanjang 23 km dijangka siap lebih awal, iaitu pada suku ketiga 2028.

Seterusnya, laluan dari Jambatan Batang Sadong ke Gedong yang membabitkan jarak 37.5 km disasarkan siap pada suku keempat 2028.

Tambah beliau, penggunaan teknologi baharu dalam pengagihan bekalan elektrik itu merupakan pelaburan berbaloi kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat.

“Pelaksanaan MVCC ini terbukti meningkatkan kebolehpercayaan dan kestabilan ke kawasan yang terlibat,” tegas beliau.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM