
Oleh: Raihana Ali
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menafikan hebahan berkaitan “Insentif Khas MAIWP RM1,000 bagi Tahun 2026” yang sedang tular di media sosial.
MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan maklumat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi MAIWP bagi mendapatkan pengumuman dan informasi terkini berkaitan bantuan serta inisiatif yang ditawarkan.
MAIWP turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap penyebaran berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.






