Sarawak diberi kepercayaan laksana 79 projek air bernilai RM3.47 bilion

KUCHING – Kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak terus mengukuhkan kerjasama apabila Putrajaya bersetuju menyerahkan kuasa pelaksanaan 79 Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kepada negeri ini.

Keputusan bersejarah yang membabitkan projek bernilai RM3.47 bilion itu telah dicapai menerusi persetujuan Jemaah Menteri Persekutuan pada 17 Mac lalu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan Sarawak amat menyambut baik keputusan tersebut demi mempercepatkan penyediaan kemudahan asas untuk rakyat.

Beliau turut menzahirkan keyakinan penuh terhadap keupayaan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) untuk mengambil alih dan menyiapkan projek berimpak tinggi berkenaan.

“Keyakinan ini berasaskan pengiktirafan JBALB sebagai jabatan teknik yang memiliki kepakaran teknikal dan profesional serta pengalaman luas dalam sektor bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Bagi memastikan kelancaran pengambilalihan tersebut, Julaihi menjelaskan kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan kini bekerjasama erat meneliti prosedur sedia ada.

Langkah penyelarasan bersama itu, jelas beliau, amat penting bagi menangani isu birokrasi dan melancarkan kelulusan.

“Langkah ini penting supaya penyerahan pelaksanaan projek turut disertai dengan penambahbaikan dari segi tatacara kelulusan agar proses menjadi lebih cekap, fleksibel dan berkesan,” tegasnya.

Melalui kerjasama padu ini, proses pelaksanaan projek dijangka berjalan dengan lebih pantas sekali gus memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat