MBOR iktiraf misi keliling dunia Jack Voon guna Kenari

KUANTAN – Pengalaman menjadi mangsa jenayah apabila beg sandang mengandungi wang tunai dan komputer riba dicuri antara peristiwa pahit dilalui sepanjang ekspedisi solo mengelilingi dunia merentasi 32 negara dalam tempoh 736 hari.

Kerana insiden di sebuah negara di Amerika Selatan itu, Jack Voon, 49, kehilangan sebahagian besar rakaman video dibuat sepanjang pengembaraannya.

Selain itu, pereka media digital itu berkata, begnya dicuri ketika ditinggalkan di kaunter depan hotel di salah sebuah negara yang dilalui.

“Bukan itu sahaja, saya nyaris kemalangan ketika berada di sebuah negara di Afrika apabila ada individu sengaja meluru dan merebahkan diri ke arah kereta semata-mata untuk menuntut pampasan.

“Itu antara pengalaman pahit dihadapi sepanjang pengembaraan sejauh 46,000 kilometer (km) dengan memandu kereta jenama nasional kedua, Perodua Kenari berusia 20 tahun,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaannya di Menara Kuantan 188 di sini baru-baru ini.

Jack kini bangga apabila berjaya menamatkan pengembaraan solonya itu secara rasmi 7 Mei lalu sekali gus mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia dengan kereta buatan tempatan.

“Impian mengelilingi dunia secara solo yang tersimpan sejak kecil ini telah tercapai.

“Dulu masa kecil, cerita mengenai negara-negara luar hanya dilihat melalui kaca televisyen, majalah dan surat khabar sahaja namun kini saya mampu menceritakan pengalaman berada di pelbagai negara di sebahagian dunia,” ujarnya.

Anak kelahiran Sarawak itu memulakan perjalanannya dari perkarangan Menara Kuantan 188 di sini pada 1 Mei 2024 turut menamatkan ekspedisi penjelajahan dunianya itu juga di lokasi sama.

Katanya, mengikut cadangan asal, dia akan mengunjungi lebih 100 negara sepanjang ekspedisi yang dijangka diselesaikan selama tiga tahun.

Bagaimanapun, memandangkan pelbagai kekangan dihadapi, dia mengambil keputusan untuk menamatkan ekspedisi itu lebih awal dengan Chile menjadi negara terakhir sebelum kembali ke tanah air.

Jack mengakui membelanjakan kira-kira RM600,000 sepanjang pengembaraan solonya itu.

“Dana tersebut hasil tabungan sendiri selain tajaan daripada beberapa pihak,” ujarnya.

Menceritakan kembali rutin perjalanannya, Jack cukup berdisiplin mengatur jadual perjalanan dengan memandu selama lapan jam atau purata jarak 300km setiap hari.

“Dalam perjalanan, saya tidur di dalam khemah pasang siap atas bumbung kereta di kawasan selamat dan memasak sendiri bagi menjimatkan kos.

“Saya juga mengadakan persembahan menggunakan sape (alat muzik tradisional Sarawak) di beberapa negara dikunjungi bagi mendapatkan dana tambahan di samping mempromosikan seni budaya Malaysia.

Katanya, paling manis dia berpeluang mempromosikan Malaysia selama tiga bulan di China pada 2024 sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China hingga aksi persembahannya mendapat perhatian dan disiarkan beberapa saluran televisyen antarabangsa.

Related Posts

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

KANOWIT – Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 diyakini berupaya memperkukuh sektor pertanian, sekali gus melonjakkan pengeluaran padi di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

SUNGAI PETANI – Seramai 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi