Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, langkah terbabit perlu dilaksanakan secara berterusan kerana strategi memerangi rasuah sentiasa ditambah baik mengikut peredaran zaman.

“Jadi, transformasi ini adalah satu bentuk benda hidup. Sesiapa menjadi Ketua Pesuruhjaya, menjadi ketua kepada agensi ini, beliau perlu melihat kepada transformasi yang berterusan dan inilah yang saya buat.

“Kalau tidak ada pendekatan baharu, maka akan duduk di takuk lama. Rakyat akan menilai sama ada SPRM ini berkesan atau tidak,” katanya menerusi Podcast Kolar Hitam Bukan Sekadar Operasi terbitan SPRM yang disiarkan di YouTube, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azam berkata, antara perubahan besar yang telah dilakukan dalam SPRM ialah selepas pengenalan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang disifatkannya sebagai titik penting kepada pengukuhan undang-undang antirasuah negara.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memainkan peranan penting dalam memperkenalkan undang-undang berkenaan.

Menurut Azam, perundangan itu kemudian diperkasakan menerusi penggubalan Akta SPRM 2009 yang membawa transformasi besar kepada agensi berkenaan.

“Selain itu, kematian Teoh Beng Hock pada 2009 turut menjadi titik tolak kepada SPRM untuk melakukan perubahan drastik bagi memulihkan imej serta keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan.

“Perubahan atau transformasi ini adalah sesuatu yang mengambil masa. Sebab itu pada zaman (Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Abu Kassim telah dibuat satu transformasi pada 2011 sehingga 2013 dan diteruskan hingga sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Azam ketika mengulas mengenai corak kepimpinannya berkata ketegasan amat diperlukan dalam menerajui agensi penguatkuasaan bagi memastikan tiada pegawai terlibat dalam jenayah, rasuah atau pelanggaran disiplin bagi memastikan integriti organisasi sentiasa terpelihara.

“Kami tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pegawai sekiranya melakukan kesalahan jenayah, rasuah ataupun lain-lain jenayah dan juga melakukan kesalahan keterlaluan berkaitan salah laku ataupun disiplin,” katanya.

Azam ketika menyentuh mengenai rancangan selepas bersara setelah berkhidmat selama 42 tahun bersama agensi itu berkata, beliau bersedia untuk terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada negara.

“SPRM tetap akan saya perhatikan dari luar. Sampai masa kalau saya nak bersuara, saya akan bersuara juga untuk memberi pandangan yang baik ataupun pandangan membina,” katanya.

Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.

Related Posts

Rasuah akan ditangani secara sistematik, ketirisan skala besar jadi keutamaan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dengan lebih bersifat sistemik, termasuk ketirisan perolehan serta penyalahgunaan kuasa berskala besar. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tan Sri Mohd Daud, pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM10.55 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pengarah syarikat, Datuk Norliza Tajudin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

  • By Ynom
  • May 11, 2026
SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas