Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

KUANTAN – Pas dilihat mula menunjukkan sikap terdesak mereka dengan menganjurkan program dalam kawasan FELDA Jengka 24, dekat Jerantut.

Penganjuran program itu seolah-olah ingin menggambarkan kononnya parti itu mempunyai penyokong di kawasan tanah rancangan berkenaan.

Ketua UMNO Cawangan FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, hakikat sebenar adalah parti Pas tidak mempunyai akar umbi yang kuat di kawasan terbabit.

“Jadi saya nampak macam mereka cuba cipta persepsi kepada warga peneroka seakan-akan penduduk di sini memberi sokongan kepada Pas.

“Saya fikir taktik ini sangat licik dan memilih FELDA Jengka 24 untuk mengadakan mesyuarat secara tidak langsung menunjukkan mereka terdesak mencari sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Terdahulu, Razak yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Andak’ dalam kalangan penduduk setempat memaklumkan dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dikongsi penduduk mengenai program anjuran Pas di FELDA itu.

Berdasarkan poster berkenaan, Pas akan menganjurkan mesyuarat agong dan BBQ di markas parti berkenaan malam ini.

Turut dipaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar daripada Pas-Perikatan Nasional, Yohanis Ahmad dijadualkan hadir merasmikan program itu.

Mengulas lanjut, Razak yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut menasihatkan penduduk dan warga peneroka untuk tidak terpedaya dengan taktik digunakan Pas.

Katanya, kebanyakan warga peneroka FELDA lebih selesa dan mendapat banyak manfaat hasil kepimpinan kerajaan Pahang sedia ada, diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dia bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak memandang rendah kehadiran pimpinan Pas ke kawasan tanah rancangan itu.

Related Posts

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatukan orang Melayu berpunca daripada percaturan politik yang dibuat sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu sejak Pilihan Raya Umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

TINDAKAN penggantungan melibatkan Bersatu dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kedudukan Pas di Terengganu, namun berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada landskap Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional. Pensyarah Fakulti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

RM6.4 juta diperuntuk  jayakan kempen kesedaran alam sekitar  I-Hijaui

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka