Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki dipercayai cuba memotong wayar elektrik di atas bumbung sebuah restoran makanan laut di kawasan Sepanggar berakhir tragedi apabila dia ditemukan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pada Sabtu.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis segera digerakkan ke lokasi bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi menjalankan tindakan keselamatan dan siasatan lanjut.

‎”Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Balai Polis Manggatal menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang lelaki yang ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas bumbung premis berkenaan.

‎“Pegawai perubatan dari Hospital Likas kemudian menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada kira-kira jam 3.02 petang.

‎“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

‎Tambahnya, pemeriksaan di lokasi turut menemui kesan terbakar dan melecur pada bahagian jari kanan mangsa.

‎“Setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

‎Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia