24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

TAWAU – Seramai 24 warganegara China termasuk seorang wanita dihantar pulang ke negara asal melalui penerbangan udara turut disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini.

Jabatan Imigeresen Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua individu berkenaan merupakan hasil tangkapan Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu yang dilaksanakan pada 21 April 2026 di daerah Semporna melibatkan pemeriksaan ke atas 45 individu.

“Daripada jumlah tersebut, 34 warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah akta dan peraturan sama,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

Difahamkan, kesemua 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan terdiri daripada 33 warganegara China (30 lelaki dewasa dan 3 perempuan dewasa) serta seorang lelaki dewasa warganegara Pakistan.

Mereka disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pendakwaan pada 4 Mei lalu membawa kepada keputusan Mahkamah Sesyen Tawau yang melibatkan sembilan PATI warganegara China iaitu enam lelaki didakwa di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua perempuan dewasa dan seorang lelaki dewasa didakwa atas dua kesalahan iaitu di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) peraturan sama.

Enam PATI yang didakwa di bawah Peraturan 39(b) mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan mahkamah sehingga sebutan semula kes pada 11 Jun 2026.

Tiga PATI mengaku bersalah dan membayar denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 namun tiada jaminan diberikan bagi kesalahan di bawah Peraturan 39(b).

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi