Isu DAK: Tiada unsur komersial dalam perjanjian pemindahan gajah – MPT

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menegaskan tiada sebarang unsur komersial, urusan jual beli mahupun pembayaran melibatkan program pemindahan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) ke Tennoji Zoo Osaka (TZO), Jepun.

Yang Dipertua MPT, Mohamed Akmal Dahalan berkata, program itu merupakan kerjasama rasmi antara dua institusi zoo atau (zoo to zoo) yang dilaksanakan berasaskan pemuliharaan dan kebajikan haiwan, bukannya untuk tujuan keuntungan kewangan seperti didakwa segelintir pihak.

Menurut beliau, penggunaan istilah ‘Business to Business’ (B2B) bagi menggambarkan perjanjian tersebut juga adalah tidak tepat dan bercanggah dengan semangat sebenar kerjasama antarabangsa yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

“Program kerjasama antarabangsa ini dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Standard Zoo Malaysia yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

“Keseluruhan proses turut mematuhi syarat serta peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan tular di media sosial yang mendakwa program berkenaan mempunyai unsur komersial selain melibatkan bayaran tertentu kepada ZTNS dan MPT serta tidak mematuhi prosedur dan undang-undang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Mohamed Akmal berkata, semua dokumentasi berkaitan termasuk permit khas, permohonan eksport serta maklum balas kepada pihak berkuasa Jepun telah memperoleh kelulusan sewajarnya sebelum penghantaran ketiga-tiga gajah tersebut dilakukan.

Katanya, MPT bersama ZTNS dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut mengadakan lawatan kerja ke Osaka dari 6 hingga 10 Oktober 2022 bagi menilai sendiri kesesuaian kemudahan di TZO termasuk aspek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum pemindahan dibuat.

“MPT sentiasa bersikap terbuka dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat keperluan untuk semakan atau siasatan lanjut terhadap program ini,” katanya.

Terdahulu, isu melibatkan DAK mendapat perhatian ramai selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis haiwan menggesa kerajaan membawa pulang ketiga-tiga gajah berkenaan yang didakwa berdepan tekanan serta tidak sesuai ditempatkan dalam persekitaran zoo tersebut.

Malah, Sekretariat Solidariti DAK yang diketuai Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong turut menyerahkan memorandum mengandungi lima tuntutan utama bagi memastikan kebajikan haiwan itu terus terpelihara.

Antara cadangan dikemukakan termasuk penubuhan Pasukan Bertindak Khas Kebangsaan membabitkan kementerian, agensi kerajaan, pakar veterinar, NGO dan wakil masyarakat sivil selain menghantar misi penilaian bebas ke Jepun untuk menilai keadaan sebenar DAK secara profesional dan telus.

Sehubungan itu, Mohamed Akmal sekali lagi menegaskan bahawa aspek kebajikan, penjagaan dan kesejahteraan haiwan sentiasa menjadi keutamaan dalam pelaksanaan program kerjasama berkenaan.

Foto: MPT dan Bernama

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan