Kuskop fokus bangun ekonomi Sabah, Sarawak menerusi Dasar Pandang ke Timur

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kini giat dalam usahanya membangunkan ekonomi yang memfokuskan Sabah dan Sarawak selaras dengan Dasar Pandang ke Timur dalam negara.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pembukaan pejabat cawangan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) di seluruh Sabah dan juga Sarawak dalam penelitian agar dapat memudahkan para usahawan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembukaan tersebut.

“Saya juga sangat meneliti cadangan untuk menghubungkan pejabat-pejabat bahagian SME Corp bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti contohnya perbandingan kita dengan Semenanjung, pejabat SME Corp ada di Kedah dan di Perlis, masa perjalanan itu cuma sekitar 40 minit atau sejam saja, mudah dan jimat masa.

“Lain cerita di Sabah, bayangkan usahawan dari Tawau yang ingin mendapatkan perkhidmatan SME Corp, mereka terbeban, daripada Tawau perlu naik kapal terbang, bas atau memandu berjam-jam ke Kota Kinabalu semata untuk berjumpa pegawai SME Corp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Program INTAN Minister’s Conversation: Dasar Pandang ke Timur: Perspektif Kuskop di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS), di sini, pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan, penelitian berkenaan pembukaan pejabat bahagian SME Corp untuk daerah berasingan akan diusahakan sebaik mungkin bagi memastikan para usahawan tidak ketinggalan dan kehilangan peluang untuk mencapai kemajuan dalam perniagaan masing-masing.

“Saya ingin melihat apakah yang diperlukan dalam pembukaan pejabat bahagian ini, bukan hanya di Sabah tetapi juga di Sarawak agar para usahawan ini boleh mendapat sebarang bentuk perkhidmatan, nasihat, taklimat tentang pelbagai bentuk geran atau kemahiran yang ditawarkan oleh SME Corp.

“Begitu juga dengan Projek Pembangunan Hartanah Bumiputera Sabah dan Sarawak oleh UDA Holdings yang juga perlu diteliti bagi memastikan perkhidmatan agensi-agensi Kuskop dapat diperluaskan di Sabah dan Sarawak.

“Melalui projek tersebut banyak membangunkan tanah-tanah Melayu di Semenanjung, jadi saya rasa mereka juga harus meluaskan perkhidmatan untuk Sabah dan Sarawak, dan ini telah dan sedang diusahakan,” katanya.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian