Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa sebarang aktiviti pembinaan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang mendakwa kelewatan projek berkenaan boleh menjejaskan urusan harian mereka terutama menjelang musim tengkujuh akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, tiada sebarang kerja pembinaan dilihat dilakukan di sepanjang laluan projek sejak awal tahun ini.

Menurutnya, jalan sepanjang kira-kira 94 kilometer itu amat penting bagi penduduk pedalaman untuk urusan harian termasuk mendapatkan bekalan makanan, rawatan kesihatan dan menghantar anak ke sekolah.

“Kami bimbang jika projek terus tertangguh, keadaan jalan akan menjadi lebih sukar dilalui terutama ketika musim hujan dan banjir nanti,” katanya.

Beliau berkata, laluan tanah sedia ada sering rosak dan becak apabila hujan lebat sehingga menyukarkan pergerakan penduduk serta kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, penduduk berharap projek tersebut dapat diteruskan segera demi memastikan kemudahan jalan yang lebih selesa dan selamat dapat dinikmati masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman berkenaan.

Difahamkan, projek bernilai kira-kira RM190 juta itu melibatkan pembinaan Jalan Perhubungan Desa yang menghubungkan beberapa pos penempatan Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang.

Related Posts

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

KOTA KINABALU – Guru Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang rantau Asia Tenggara dan Pasifik bagi Cambridge…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

KOTA ISKANDAR – Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terus hangat diperkatakan apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sendiri mengakui suasana politik negeri kini semakin ‘panas’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat