Kejayaan tilawah al-Quran angkat martabat Sarawak di pentas antarabangsa

KUCHING – Kejayaan berterusan wakil Sarawak dalam pertandingan tilawah al-Quran membuktikan keberkesanan pendekatan pembangunan bakat yang terancang, sekali gus mengangkat martabat negeri itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penyelia Guru al-Quran Kanan Pusat Pembangunan al-Quran Darul Hana di bawah Majlis Islam Sarawak, Datuk Ismawi Duet berkata, pencapaian membanggakan itu menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan qari dan qariah berkaliber pada masa hadapan.

Menurut beliau, ia merupakan satu lonjakan besar buat Sarawak yang membuktikan keupayaan negeri ini untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain, selain berpotensi melangkah lebih jauh di pentas global.

“Kejayaan yang diraih ini adalah hasil sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak berserta latihan intensif dan bimbingan berterusan yang menitikberatkan aspek tajwid, taranum serta penjagaan kesihatan peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Juh Randau anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Rabu.

Sementara itu, Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M, Nursyakura Mohd Musa menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut yang disifatkan sebagai rezeki dan hasil usaha kolektif pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, kemenangan ini bukan milik saya seorang tetapi hasil bimbingan guru-guru, sokongan ibu bapa, keluarga dan juga Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Mengulas mengenai cabarannya, Nursyakura mengakui kesukaran terbesar adalah mengekalkan istiqamah dalam latihan dan mengawal perasaan gemuruh, namun ia berjaya diatasi berkat sokongan moral serta kekuatan rohani.

Beliau yang pernah menyertai pertandingan berkenaan sebanyak enam kali turut memperoleh markah keseluruhan tertinggi hasil persiapan rapi dari peringkat awal. Ia merangkumi latihan yang konsisten, disiplin dalam menjaga kesihatan serta pemantapan emosi dan spiritual.

Tambahnya, persiapan kini giat dijalankan bagi membawa cabaran negara di pentas pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Untuk rekod, program Juh Randau menjadi platform terbaik untuk berkongsi pengalaman dan inspirasi bersama masyarakat dalam memperkasakan penghayatan kalam suci tersebut.

Ia turut menyokong usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu mengharumkan nama negeri di persada dunia.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah