Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

MIRI – Barisan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri menerima suntikan semangat menerusi penyerahan insentif khas dalam satu majlis yang diadakan di sini, pada Khamis.

Majlis Penyerahan Insentif Murid Cemerlang itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan ketekunan para pelajar, sekali gus menjadi platform motivasi untuk mereka terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata, kejayaan yang dicapai itu bukan sekadar mencerminkan tanggungjawab terhadap diri sendiri, malah menjadi asas penting dalam menentukan hala tuju masa depan masing-masing.

Tegas beliau, para pelajar tidak seharusnya menjadikan keputusan SPM sebagai titik penamat dalam perjalanan pendidikan mereka.

“Sebaliknya, mereka perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan dan berani mengejar cita-cita yang lebih tinggi. Dalam dunia hari ini, ilmu dan keupayaan untuk terus belajar merupakan aset paling penting,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Adam turut menekankan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam membantu golongan muda melanjutkan pelajaran menerusi inisiatif Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES).

Jelasnya, pelaksanaan skim tersebut bakal membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sarawak untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa memikirkan bebanan dan kekangan kewangan.

Beliau pada masa sama turut menitipkan pesanan agar pelajar sentiasa mengingati asal usul mereka walau di mana-mana jua mereka menimba ilmu kelak.

“Besar harapan kita agar kepakaran dan ilmu yang diraih nanti dapat disumbangkan kembali demi memacu pembangunan Sarawak pada masa hadapan,” ujarnya.

Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi penyampaian insentif kepada para pelajar cemerlang sebagai tanda pengiktirafan rasmi atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM 2025.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1