‘Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak’ – Anthony

SEREMBAN – Wakil rakyat DAP berdepan tindakan tegas termasuk disingkirkan daripada barisan kepimpinan sekiranya mereka cuba mengkhianati mandat atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal stabil selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai persefahaman penuh untuk mempertahankan pentadbiran sedia ada dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Mana-mana ahli Parlimen, ADUN DAP kalau dia ambil peluang nak berpaling tadah, nak ambil peluang, kita campak dia.

“Mana-mana wakil rakyat yang cuba belot, saya campak dia (buang daripada DAP),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana PH di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, semua pimpinan dan wakil rakyat dalam gabungan perlu kekal berdisiplin serta tidak mengambil kesempatan terhadap sebarang situasi politik yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Mana-mana Ahli Parlimen, ADUN DAP, kalau dia mengambil peluang nak berpaling tadah, nak ambil peluang, kita campak dia. Mana-mana satu dah cuba belot, saya campak dia.

“PKR pun kena sama, (Datuk Seri) Aminuddin (Harun) kena tegas. Bang Mat lagi kena tegas. Kalau tak sokong, campak sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony turut mengingatkan pengalaman beberapa krisis politik sebelum ini menjadi pengajaran penting yang kerajaan hanya boleh bertahan melalui kesetiaan kepada mandat rakyat.

“Sebarang usaha untuk mengumpul sokongan secara tidak sah atau menggugat kerajaan tidak boleh diterima dalam landskap politik semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony menyeru semua pihak perlu bertindak tanpa mengikut emosi dalam menghadapi kemelut politik di Negeri Sembilan, sebaliknya memberi keutamaan kepada kestabilan kerajaan negeri serta persekutuan.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan berjalan lancar

“Saya berkongsi pandangan dengan Saifuddin Nasution Ismail (ketua setiausaha Pakatan Harapan), sebagai pimpinan tidak boleh bertindak atas emosi. Kita mesti bertindak atas kebijaksanaan

“Apa kita nak hari ini adalah agar negeri stabil, kerajaan (persekutuan) stabil. Kalau kerajaan negeri stabil, barulah kerajaan persekutuan stabil (Justeru) kena sabar dan ada strategi,” katanya.
Mengulas sentimen dalam kalangan penyokong yang mahu tindakan lebih agresif seperti pembubaran DUN, Loke berkata, beliau memahami perasaan tersebut, namun menasihatkan supaya semua pihak agar bersabar.

“Saya faham ada yang marah, ada yang mahu terus lawan. Jangan bimbang, kita buat kerja kita, tadbir negara dan urus negeri dengan baik. Sampai masa, kita akan lawan,” katanya.

Related Posts

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

LAWAS – Sebanyak 4,167 benih ikan siakap dilepaskan ke perairan umum manakala lebih 800 anak pokok bakau spesies Rhizophora ditanam menerusi Program Ecosystem Approach Fisheries Management (EAFM) Lawas 2026 di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan beberapa acara istiadat sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai langkah penjimatan kos, selaras dengan hasrat menganjurkan temasya secara lebih berhemah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa