SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan beberapa acara istiadat sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai langkah penjimatan kos, selaras dengan hasrat menganjurkan temasya secara lebih berhemah tanpa menjejaskan prestijnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu akan memberi lebih ruang kepada penganjuran aktiviti sukan di setiap lokasi pertandingan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah serta menarik kehadiran penyokong dan orang ramai.

“Kita akan mengurangkan beberapa acara istiadat. Sebaliknya, fokus diberikan kepada aktiviti sukan di setiap lokaliti dan venue supaya lebih ramai penonton serta penyokong hadir memeriahkan temasya

“Walaupun beberapa acara istiadat dikurangkan, kualiti penganjuran dan kemeriahan temasya tetap menjadi keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mahu penganjuran SUKMA 2026 dilaksanakan secara berhemat dengan penggunaan dana awam yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata Selangor turut memperkukuhkan persiapan SUKMA menerusi penglibatan sukarelawan dalam skala besar.

“Alhamdulillah, kita telah memutuskan untuk menggerakkan seramai 10,000 sukarelawan berdaftar. Sebelum ini kita menerima kira-kira 30,000 permohonan dan daripada jumlah itu, 10,000 akan dipilih untuk bertugas sepanjang temasya,” katanya.

Beliau yakin penglibatan sukarelawan yang ramai bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan temasya, malah mampu menyuntik semangat kepada atlet dan memeriahkan suasana di semua venue pertandingan.

Selangor bakal menjadi tuan rumah SUKMA ke-22 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan acara dipertandingkan di semua sembilan daerah negeri itu, kecuali acara berbasikal trek yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Temasya PARA SUKMA 2026 pula dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 14 September depan.

Related Posts

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi