Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa

MUKAH – Inovasi pendidikan berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) ciptaan seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak di sini melakar sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Projek ciptaan Stanzey Soojin itu mencuri tumpuan dunia selepas menyapu bersih empat pengiktirafan berprestij pada pertandingan Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, perrtandingan sengit itu melibatkan pelbagai negara dan institusi pendidikan global itu berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dari 19 hingga 23 Jun lalu.

“Saya menzahirkan rasa bangga atas pencapaian luar biasa itu yang disifatkan sebagai satu penanda aras baharu bagi kualiti pendidikan luar bandar.

“Kejayaan ini membuktikan kreativiti, komitmen dan penggunaan teknologi digital oleh guru di kawasan luar bandar mampu menghasilkan formula pendidikan berimpak tinggi yang setanding dengan projek bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pertandingan tersebut, projek inovasi digital berkenaan cemerlang membawa pulang Platinum Award, Best Sustainability Award, BIICC Excellence Award dan Gold Award.

Pengiktirafan Platinum Award meletakkan inovasi tersebut dalam kelompok projek terbaik secara keseluruhan, manakala Best Sustainability Award dianugerahkan atas sumbangan besarnya menyokong pendidikan lestari.

Mengulas lanjut, Royston menjelaskan bahawa inovasi terbabit dibangunkan bagi membantu murid memahami konsep-konsep sains yang abstrak dengan lebih mudah.

Menerusi gabungan teknologi AR, visual interaktif dan pembelajaran digital yang menarik, ia terbukti mampu meningkatkan minat murid secara mendalam terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama Mukah, Sarawak dan Malaysia di persada inovasi antarabangsa, malah menjadi inspirasi besar kepada seluruh warga pendidik serta generasi muda kita untuk terus maju,” ujar beliau.

Related Posts

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

LAWAS – Sebanyak 4,167 benih ikan siakap dilepaskan ke perairan umum manakala lebih 800 anak pokok bakau spesies Rhizophora ditanam menerusi Program Ecosystem Approach Fisheries Management (EAFM) Lawas 2026 di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan beberapa acara istiadat sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai langkah penjimatan kos, selaras dengan hasrat menganjurkan temasya secara lebih berhemah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

Sarawak mahu KKM Kastam perketat sempadan halang dadah vape

Sarawak mahu KKM Kastam perketat sempadan halang dadah vape

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa