Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

KUCHING – Sarawak mahu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya merangka dasar yang lebih tegas di pintu masuk sempadan negara.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah drastik itu amat mendesak susulan penemuan dadah sintetik dalam cecair rokok elektronik atau vape yang bernilai lebih RM1 juta.

Menururnya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, penularan gejala baharu itu kini menyasarkan generasi muda sebagai mangsa utama.

“Sejujurnya, kita seolah-olah sedang berdepan laluan sukar kerana indeks jenayah dadah pada masa kini amat menjurus kepada generasi muda.

“Oleh itu, kawalan ketat amat perlu dilakukan di sempadan masuk. Saya mendesak pihak Kastam serta KKM untuk segera merangka dasar yang lebih teguh, mengambil contoh negara seperti New Zealand, Korea Selatan dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pengumuman Sambutan Minggu Belia Sarawak 2026 pada Kuching.

Menurutnya, statistik terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak merekodkan rampasan 5,672.5 mililiter cecair rokok elektronik bernilai RM1.02 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 21 Jun tahun ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim mendedahkan bahawa analisis terperinci oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan cecair yang dirampas itu positif mengandungi etomidate.

“Bahan tersebut diklasifikasikan di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952 dan lebih membimbangkan, ia turut dicampur dengan bahan sintetik lain yang tertakluk di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau.

Dalam pada itu, kementeriannya akan memanfaatkan platform acara pada peringkat negeri untuk memperhebatkan kempen kesedaran antidadah memandangkan kapasiti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mungkin terhad.

Program akar umbi seperti sesi dialog awam dan Sesi Kesihatan Mental (Terapi Belia) yang bakal diadakan pada Minggu Belia Sarawak Ogos ini akan digunakan sepenuhnya bagi mendidik generasi muda mengenai bahaya ancaman tersebut.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun