Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

KOTA KINABALU – Status pelaksanaan empat projek infrastruktur utama di Papar terus dipantau melalui sesi taklimat dan libat urus melibatkan wakil-wakil rakyat, pejabat daerah dan agensi berkaitan di peringkat daerah, negeri dan Persekutuan serta pelaksana projek untuk mendapatkan maklum balas terkini serta menyelaras isu berbangkit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, empat projek itu ialah Projek Menaik Taraf Jalan Lok Kawi Dari Bulatan Sabindo ke SMK Kinarut yang kini dalam pelaksanaan; Projek Membina Bypass Jalan Pengalat-Papar dan Projek pembinaan SMK Gana kini proses persiapan untuk tender serta Projek Pembinaan KM 20.4 Jambatan Papar 2 kini pada peringkat cadangan.

“Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke SMK Kinarut akan dimulakan serta-merta dengan tempoh pembinaan selama dua tahun bermula 30 Mac 2026 hingga 29 Mac 2028.

“Penyerahan secara rasmi Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor telah diadakan hari ini.

“Antara skop projek ialah menaik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dua hala; membina satu jejantas pejalan kaki; memasang lampu jalan dan lampu isyarat serta menaik taraf tiga persimpangan bulatan kepada persimpangan lampu isyarat.

“Selain membina tiga perhentian bas dan dua hentian motorsikal, membina laluan berbumbung ke sekolah dan pengalihan utility dan pengambilan tanah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Isnin.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata, peruntukan projek adalah melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia dan pelaksanaan projek ini adalah di bawah kawal selia JKR Sabah.

Katanya, beliau akan menekankan tentang keperluan kerjasama rapat antara semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat untuk penyelarasan semua perkara dan isu berbangkit.

“Antara penyelarasan serta-merta yang penting adalah untuk menyelesaikan hal pengambilan balik tanah. Dilaporkan sebanyak 43 lot tanah dengan 24 struktur sedia ada terlibat.

“Begitu juga dengan hal pengalihan utiliti bekalan elektrik, air dan telekomunikasi,” ujarnya.

Tegasnya, beliau tidak mahu kelewatan dalam menyelesaikan perkara-perkara asas ini akan menyebabkan kerja-kerja fizikal tidak dapat dimulakan segera.

Related Posts

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng