AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

MANCHESTER – Kecerdasan buatan (AI), teknologi hidrogen dan industri semikonduktor kini diangkat sebagai teras utama hala tuju masa depan Sarawak dalam membina ekonomi baharu yang lebih mampan, berdaya saing dan ke hadapan selari dengan arus teknologi global.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah strategik itu dirangka bagi mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi tradisional, khususnya selepas negeri dan negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 serta perubahan landskap politik.

Menurut beliau, krisis kesihatan tersebut telah mendorong kepemimpinan negeri merangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) sebagai asas pemulihan dan pembangunan jangka panjang Sarawak.

“Selepas Covid-19, ekonomi kita terjejas. Jadi kita perlu bangkit semula dan menentukan hala tuju baharu. Kita kumpulkan pemimpin, sektor korporat dan NGO (badan bukan kerajaan) untuk merangka apa yang perlu dilakukan.

“Kita tidak mahu kekal dalam ekonomi lama. Sarawak perlu bergerak ke arah ekonomi baharu seperti tenaga hijau, AI dan teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi Sarawak Agenda Town Hall ‘Sarawak Towards The Future’ sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2026, UK Edition pada Ahad.

Mengulas lanjut berkenaan peralihan tenaga, Abang Johari menegaskan pemilihan hidrogen sebagai sumber tenaga masa depan bagi menggantikan bahan api fosil adalah satu langkah yang tepat.

Jelasnya, walaupun kos penjanaan hidrogen pada masa ini masih tinggi, kos tersebut dijangka menurun seiring dengan peningkatan penggunaannya pada masa akan datang.

“Sarawak juga mempunyai kelebihan pelbagai sumber tenaga termasuk hidro, solar, biojisim dan gas yang boleh dimanfaatkan secara mampan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai industri semikonduktor, beliau memberitahu bahawa pembangunan mikrocip adalah nadi kepada kebangkitan teknologi masa depan.

“Hari ini, hampir semua sistem bergantung kepada cip. Generasi muda akan berdepan dunia yang sangat berbeza yang menyaksikan AI berkembang pantas. Pada masa depan, kamu semua akan bekerja bersama teknologi dan robot,” tambahnya.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu anak-anak Sarawak bersedia menghadapi ledakan teknologi dengan penguasaan ilmu di tahap tertinggi.

Tegasnya, kerajaan Sarawak meletakkan pembangunan bakat sebagai keutamaan, termasuk menawarkan inisiatif pendidikan tinggi percuma dalam bidang-bidang strategik.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan ekonomi Sarawak cukup teguh untuk menarik kembali kepakaran generasi muda berkhidmat di tanah air dan mengelakkan isu penghijrahan pakar ke luar negara.

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana kedudukan kewangan Sarawak yang kukuh membolehkan pelbagai projek pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, fasiliti kesihatan dan pendidikan di luar bandar dilaksanakan secara berterusan.

“Kita bina jambatan bukan sekadar untuk kemudahan pergerakan, tetapi demi meningkatkan ekonomi rakyat. Apabila wujud akses ke pasaran, pendapatan penduduk di kawasan luar bandar akan meningkat secara automatik.

“Kita tidak boleh kekal statik. Kita mesti bergerak seiring perubahan dunia dan tangkas mencari peluang baharu untuk masa depan,” tegasnya mengakhiri bicara.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng