Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini, perkembangan konflik AS-Iran dan data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan dijangka menjadi penentu hala tuju pasaran.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 3.9590/9725 daripada 3.9690/9740 semasa ditutup pada Khamis lalu.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat lalu bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ahli MPC BNM akan memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Khamis ini.

“Kebanyakan ahli ekonomi menjangka OPR akan dikekalkan, tetapi yang lebih penting ialah penilaian terkini mengenai perang Iran yang dilihat masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda manakala harga minyak mentah kekal tinggi.

“Terdapat juga data senarai gaji bukan ladang AS yang akan diumumkan pada Jumaat yang dianggap penting bagi keputusan Rizab Persekutuan AS berhubung kadar faedah.

“Sehubungan itu, kami menjangka ringgit akan terus berada dalam jajaran kecil berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, dolar AS-ringgit dijangka berada antara RM3.96 dan RM3.98 hari ini.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menurun berbanding yen Jepun kepada 2.5226/5315 daripada 2.4907/4942 semasa ditutup pada Khamis lalu, hampir mendatar berbanding euro kepada 4.6415/6574 daripada 4.6417/6476 dan menyusut berbanding pound kepada 5.3759/3943 daripada 5.3593/3661 sebelum ini.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1095/1206 daripada 3.1061/1103 semasa ditutup pada Khamis lalu, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.1812/2306 daripada 12.1711/1932, bagaimanapun tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 228.3/229.2 daripada 228.7/229.2 dan peso Filipina kepada 6.44/4/6.47 daripada 6.45/6.47 sebelum ini.

  • Related Posts

    Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

    SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Harga minyak dunia diramal terus meningkat

    SINGAPURA – Harga minyak meningkat apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung perjanjian damai serta pembukaan semula Selat Hormuz menemui jalan buntu, manakala saham Asia bergerak tidak menentu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

    ‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

    Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

    Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

    Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

    Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

    Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

    Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

    Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

    Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

    Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

    Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam