Bersedia awal hadapi PRN Johor, Amanah perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menegaskan kepentingan memperkemaskan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, gerak kerja politik tidak boleh hanya digerakkan ketika musim pilihan raya, sebaliknya perlu bermula lebih awal melalui pendekatan turun padang dan usaha berterusan mendekati rakyat.

“Kerja kita bukan tunggu musim pilihan raya baru hendak nampak muka. Kita perlu bermula dari sekarang, santuni rakyat, dengar permasalahan mereka dan sampaikan mesej perjuangan dengan jelas,” katanya ketika merasmikan Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa serta Pejabat AMANAH kawasan Tebrau, di sini petang semalam.

Menurut beliau, kekuatan parti terletak kepada kesungguhan jentera di peringkat akar umbi yang sentiasa dekat dengan rakyat serta memahami denyut nadi masyarakat setempat.

Dalam masa sama, Mohamad Sabu turut mengingatkan bahawa perjuangan politik AMANAH berpaksikan kepada nilai Islam yang membawa mesej rahmah untuk semua, dengan penekanan kepada keadilan, kasih sayang dan kesederhanaan tanpa mengira latar belakang masyarakat.

“Kita membawa Islam sebagai rahmat untuk semua, yang menekankan keadilan, keseimbangan dan kasih sayang dalam pentadbiran serta kehidupan bermasyarakat,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan komitmen AMANAH untuk menawarkan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berpaksikan kepentingan rakyat, selain mengangkat budaya politik matang yang tidak bergantung kepada retorik semata-mata.

“Jika gerak kerja ini disusun dengan baik dan dilaksanakan secara konsisten, rakyat akan melihat AMANAH sebagai pilihan yang stabil dan boleh diharapkan untuk masa depan Johor,” katanya.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Related Posts

Politik sentimen tidak lagi memadai tarik pengundi

KANGAR – Politik berasaskan sentimen semata-mata dilihat semakin kurang berkesan dalam mempengaruhi pengundi yang kini lebih cenderung menilai fakta, data dan prestasi sesebuah parti politik. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK sasar lima calon muda di Johor, Negeri Sembilan

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyasarkan sekurang-kurangnya lima calon muda untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang. Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Izuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian