Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila memperluaskan Inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) bagi membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, selari dengan aspirasi pembangunan negeri menerusi pelan Maju Johor 2030.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang selesa dan mampu milik.

Menurut beliau, seramai 2,506 penerima dijangka mendapat manfaat menerusi pelaksanaan fasa kedua PKJ yang melibatkan tiga kategori bantuan dengan jumlah keseluruhan melebihi RM10.5 juta.

“Bagi kategori pembelian rumah pertama, seramai 1,800 penerima akan menerima bantuan sebanyak RM5,000 bagi menampung kos awal pembelian rumah berharga bawah RM500,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Inisiatif PKJ di sini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menambah baik bantuan sedia ada dengan meningkatkan bantuan ‘one-off’ bagi kemasukan ke rumah pertama daripada RM1,000 kepada RM2,000, bagi meringankan beban rakyat dalam menyediakan keperluan asas kediaman.

Selain itu, bantuan sewa rumah turut diperkasa apabila kaedah bayaran bulanan RM200 selama 10 bulan digantikan dengan bantuan sekali beri sebanyak RM2,500, sekali gus memberi fleksibiliti kepada penerima dalam mengurus kewangan mereka.

Kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah bagi bantuan sewaan daripada RM1,500 kepada RM2,500 sebulan, sekali gus memperluas akses kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi negeri, termasuk limpahan manfaat daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), membolehkan kerajaan menyalurkan semula hasil kepada rakyat melalui inisiatif berimpak tinggi seperti PKJ.

“Apabila hasil negeri meningkat, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengembalikan kemakmuran tersebut kepada rakyat melalui bantuan yang memberi manfaat langsung,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut mempertimbangkan untuk memperluaskan bantuan kepada golongan M40 Bumiputera bagi pembelian rumah berharga antara RM300,000 hingga RM650,000, sebagai langkah inklusif memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Langkah penambahbaikan ini dilihat sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan negeri dalam menangani isu kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam sektor perumahan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas