Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

PENDEKATAN inklusif yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat berupaya memperkasa masyarakat India secara menyeluruh, khususnya dari segi sosioekonomi.

Setiausaha Pengelola PKR Selangor, Jestin Raj Savarimuthu berkata, Perdana Menteri sejak sekian lama memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selari dengan prinsip yang dipegangnya sejak menjadi Ketua Pembangkang.

Beliau berkata, komitmen itu kini diterjemahkan dalam pentadbiran negara, walaupun berdepan pelbagai tekanan politik.

“Beliau kekal konsisten dalam usaha membantu masyarakat India agar dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka secara menyeluruh,” katanya kepada The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Jestin Raj berkata, inisiatif Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) memainkan peranan penting sebagai platform utama dalam melaksanakan program pembangunan komuniti India.

Katanya, walaupun MITRA telah lama diwujudkan, penstrukturan semula sejak 2018 serta penempatan di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini meningkatkan kecekapan dari segi pelaksanaan dan akauntabiliti.

“Antara langkah terkini termasuk peruntukan RM6 juta kepada sekolah Tamil dan RM8 juta bagi pembangunan kuil baru-baru ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh institusi penting masyarakat India,” katanya.

Dalam pada itu, Jestin Raj turut menyokong kenyataan Perdana Menteri bahawa masyarakat India merupakan antara tulang belakang negara.

Beliau berkata, walaupun komuniti itu merupakan minoriti, sumbangan mereka dalam pelbagai sektor tidak boleh dinafikan, namun isu kemiskinan masih perlu diberi perhatian serius.

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan signifikan, termasuk lebih RM220 juta melalui pelbagai kementerian bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelaksanaan pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA) dengan peruntukan sebanyak RM220 juta.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi milik masyarakat India di Malaysia.

Sehubungan itu, Jestin Raj turut menyatakan keyakinan terhadap usaha kerajaan yang dilihat lebih fokus dan telus dalam melaksanakan dasar serta inisiatif.

“Pelbagai langkah yang diumumkan menunjukkan hala tuju positif ke arah pembangunan menyeluruh, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap kerajaan,” katanya.

Related Posts

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING – Sarawak menetapkan pendirian teguh bahawa terdapat empat perkara asas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dikategorikan sebagai ‘tidak boleh dirunding’ dan tidak akan dikompromi dalam sebarang rundingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima