PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, setiap parti politik sememangnya mempunyai hasrat untuk meletakkan calon, namun perkara itu perlu dinilai dengan teliti.

“Tanpa kesatuan komponen-komponen parti dalam ini (GRS), kita tidak dapat mencapai kejayaan. Maka itu kami semua akan ikut keputusan GRS.

“Difahamkan, GRS tidak lama adakan mesyuarat. Lepas itu kami akan tentukan siapa calon yang bertanding di kawasan mana (kerusi).

“Siapa yang akan dipilih, walaupun kami atau lainkah (parti komponen lain), kami akan bekerjasama untuk pastikan kemenangan,” katanya kepada media pada Majlis Mesra Aidilfitri Parti Harapan Rakyat Sabah, di Taman Bekerly, pada Ahad.

Mengenai hala tuju parti, Yun Fah berkata, pihaknya merancang untuk memperluas pengaruh ke seluruh negeri ini termasuk di Pantai Barat.

Katanya, sejak awal penubuhannya, Harapan Rakyat sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Ketika ini parti meliputi kawasan Pantai Timur dan akan diperluaskan selain saya rasa sudah masanya untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap setiap pemimpin parti tempatan sedia ada termasuk Harapan Rakyat.

“Matlamatnya juga adalah untuk terus menyokong GRS dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor agar dapat memerintah dengan lebih kukuh serta membawa lebih banyak pembangunan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yun Fah turut menegaskan bahawa tiada perpecahan yang berlaku dalam komponen GRS, sebaliknya sentiasa utuh dan bekerjasama memastikan kestabilan politik.

Majlis itu dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung yang mencerminkan kesejahteraan sekali gus merapatkan jurang pemimpin dan rakyat Tawau.

Related Posts

Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

PEMUDA AMANAH melihat kerjasama antara Pas dan UMNO ketika ini lebih menjurus kepada usaha mendapatkan kuasa, terutama untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Setiausaha Pemuda AMANAH, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“PKR kini dalam radar saya untuk bersama semula” – Kamarudin

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menjadi satu-satunya parti yang sedang dipertimbangkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamarudin Jaffar, sekiranya beliau kembali menyertai politik. Kamarudin mengesahkan kepada media bahawa beliau sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran