PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, setiap parti politik sememangnya mempunyai hasrat untuk meletakkan calon, namun perkara itu perlu dinilai dengan teliti.

“Tanpa kesatuan komponen-komponen parti dalam ini (GRS), kita tidak dapat mencapai kejayaan. Maka itu kami semua akan ikut keputusan GRS.

“Difahamkan, GRS tidak lama adakan mesyuarat. Lepas itu kami akan tentukan siapa calon yang bertanding di kawasan mana (kerusi).

“Siapa yang akan dipilih, walaupun kami atau lainkah (parti komponen lain), kami akan bekerjasama untuk pastikan kemenangan,” katanya kepada media pada Majlis Mesra Aidilfitri Parti Harapan Rakyat Sabah, di Taman Bekerly, pada Ahad.

Mengenai hala tuju parti, Yun Fah berkata, pihaknya merancang untuk memperluas pengaruh ke seluruh negeri ini termasuk di Pantai Barat.

Katanya, sejak awal penubuhannya, Harapan Rakyat sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Ketika ini parti meliputi kawasan Pantai Timur dan akan diperluaskan selain saya rasa sudah masanya untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap setiap pemimpin parti tempatan sedia ada termasuk Harapan Rakyat.

“Matlamatnya juga adalah untuk terus menyokong GRS dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor agar dapat memerintah dengan lebih kukuh serta membawa lebih banyak pembangunan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yun Fah turut menegaskan bahawa tiada perpecahan yang berlaku dalam komponen GRS, sebaliknya sentiasa utuh dan bekerjasama memastikan kestabilan politik.

Majlis itu dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung yang mencerminkan kesejahteraan sekali gus merapatkan jurang pemimpin dan rakyat Tawau.

Related Posts

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

KENYATAAN Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai kepercayaan yang sukar dipulihkan dilihat mengesahkan bahawa krisis politik Perlis masih menjadi titik hitam dalam hubungan antara Pas dan Bersatu). Walaupun Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu lembu korban episod baharu pertelagahan Pas-Bersatu Perlis

KANGAR – Isu dakwaan penjualan bahagian lembu korban sumbangan kerajaan negeri dilihat menjadi episod baharu dalam siri pertelagahan terbuka antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran