UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain pelbagai program turun padang yang diadakan secara berjadual, sambutan diterima daripada penganjuran program berteraskan kemasyarakatan juga mendapat sokongan baik daripada komuniti setempat.

Selepas berdepan prestasi kurang baik dalam PRU ke-15 (PRU15), UMNO Bahagian Jerantut secara berterusan cuba memulihkan keyakinan akar umbi di samping mencari jalan mendapatkan semula sokongan, terutama daripada golongan muda.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, kejayaan penganjuran Majlis ‘Beraya Ngelas Syawal’ yang berlangsung semalam, menunjukkan parti itu masih mempunyai sokongan kuat di situ.

“Kehadiran direkodkan bagi majlis semalam adalah di luar jangkaan… lebih 4,000 hadir dan ini menunjukkan UMNO masih mempunyai tempat di hati penduduk di sini,” katanya.

Hadir sama memeriahkan majlis itu adalah Penyelaras DUN Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman dan ahli jawatan kuasa (AJK) UMNO Bahagian, Razak Daud.

Dalam PRU15, kerusi Parlimen Jerantut dan tiga kerusi DUN – Pulau Tawar, Damak dan Tahan – dimenangi calon daripada Perikatan Nasional.

Norsarfinaz dalam pada itu berkata, kestabilan kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi suntikan semangat kepada UMNO Bahagian Jerantut di pelbagai peringkat untuk bekerja lebih keras.

“Kita sudah lalui pengalaman pahit pada PRU15 dan bertekad untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini.

“Majlis hari ini (semalam) adalah antara program dirancang bersama AJK Bahagian dan mendapat sokongan penuh Ketua Bahagian.

“Kita pun gembira dengan sambutan diterima pada majlis ini… rasanya ini adalah kali pertama kita dapat berkumpul bersama penduduk dalam jumlah yang sebegini ramai.

“Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan baik, makanan semua sedap dan mencukupi untuk tetamu yang hadir,” katanya.

Related Posts

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu. Ahmad Farhan akan dibantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang