Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

MIRI – Pengunjung dari Sabah yang berkunjung ke Taman Negara Niah menyifatkan destinasi berkenaan sebagai antara lokasi pelancongan unik yang wajar terus dipelihara dan dipertingkatkan kemudahannya.

Runikah Salion, 28, penjawat awam, berkongsi bahawa pengalaman di taman negara itu cukup santai dengan laluan trek yang mudah serta sistem pendaftaran yang cepat dan teratur.

“Perjalanan ke lokasi utama tidak terlalu sukar dan sesuai untuk pelawat.

“Namun, kemudahan seperti kedai cenderamata atau mini mart agak terhad dan ia boleh difahami kerana lokasi taman ini jauh dari komuniti,” ujarnya.

Beliau turut mengakui keindahan gua menjadi tarikan utama, terutama bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke dalamnya.

“Sebelum ini hanya baca dalam buku, tapi apabila melihat sendiri Gua Niah, barulah faham keunikannya sambil melihat struktur gua secara dekat,” jelasnya.

Mengulas usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), beliau berpandangan bahawa projek naik taraf yang akan dilaksanakan merupakan langkah tepat dalam memperkukuh imej destinasi berkenaan.

Menurutnya, Gua Niah bukan nama asing dan kemudahan yang disediakan perlu setanding dengan reputasinya agar memenuhi jangkaan pengunjung.

Sementara itu, Mastika Saluman, 28, menyifatkan kawasan taman negara berkenaan bersih dengan kemudahan lengkap dan selesa.

“Laluan trek selamat dan penduduk tempatan sangat peramah. Tarikan paling menarik bagi saya ialah Trade Cave,” katanya.

Beliau melihat usaha MOTAC sebagai sangat positif, khususnya dalam memperkukuh pengiktirafan Gua Niah sebagai antara tapak warisan penting dunia.

Pada masa sama, beliau mengesyorkan orang ramai menjadikan Gua Niah sebagai destinasi pelancongan apabila berkunjung ke Sarawak.

Bagi Max Eleazer, 28, lawatan ke taman negara itu memberi pengalaman mengujakan dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.

“Ini kali pertama saya melihat sendiri Gua Niah yang sebelum ini hanya diketahui melalui media sosial dan pembacaan sejarah. Keadaan gua serta maklumat sejarah yang dipaparkan sangat menarik,” katanya.

Tambahnya, usaha menaik taraf kemudahan oleh kerajaan wajar disokong bagi meningkatkan keselesaan pengunjung.

Dalam masa sama, beliau berharap kawasan itu terus dilindungi agar keaslian alam semula jadinya kekal terpelihara untuk generasi akan datang.

Sebelum ini, MOTAC meluluskan peruntukan RM420,000 bagi pembinaan dan naik taraf jambatan serta laluan pejalan kaki menggunakan kayu belian di inap desa berhampiran taman negara berkenaan, termasuk kerja penyelenggaraan tandas.

Projek tersebut dijangka mewujudkan laluan masuk baharu sekali gus meningkatkan aksesibiliti ke Taman Negara Niah sebagai salah satu aset pelancongan utama di utara Sarawak

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak