SPR keluar 607 kertas undi pos

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan 607 kertas undi pos kepada mereka yang layak mengundi secara pos bagi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 591 undi pos dikeluarkan bagi Kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, anggota polis dan anggota tentera; empat undi pos bagi Kategori 1B – warganegara Malaysia yang menetap di luar negara – dua undi pos bagi Kategori 1C iaitu agensi dan organisasi serta 10 undi pos bagi Kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

“Pengeluaran kertas undi pos dilakukan petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon bertanding,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta mengembalikannya dengan segera kepada Pegawai Pengurus sebelum 5 petang hari mengundi iaitu 28 September ini.

Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi mereka dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya menerusi laman media sosial.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PAKATAN Harapan (PH) dijangka memanfaatkan tempoh lebih setahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengukuhkan kedudukannya susulan berakhirnya tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor