PN hentikanlah sikap berpura-pura, sambung rundingan demi kesejahteraan rakyat

KLUANG- Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang mencipta ‘wayang politik’ apabila terus berpura-pura menjadi mangsa keadaan penolakan Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, yang ditentang sendiri oleh gabungan tersebut.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar berkata, pembangkang mempunyai pilihan untuk meneruskan rundingan dengan Kerajaan namun mereka bersikap sebaliknya.

Menurut beliau, tindakan yang dimainkan PN ini adalah sebagai cubaan menolak sikap kebertanggungjawaban serta akauntabiliti terhadap peruntukan yang hendak diberikan oleh kerajaan persekutuan.

“Pembangkang wajar mencontohi semangat rundingan dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) serta sikap proaktif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sehingga termeterainya Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik (zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Rakyat tidak lupa sebelum draf MoU diserahkan kepada pimpinan pembangkang pun tiada pimpinan PN mahupun Ketua Pembangkang hadir berunding sehingga lebih setahun gabungan itu berperanan sebagai pembangkang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Haziq berkata, Kerajaan wajar mempertimbangkan supaya peruntukan tersebut disalurkan kepada Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) bagi setiap kawasan, jika pembangkang masih terus bermain politik.

“Hakikatnya IKR yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan merupakan salah satu usaha ‘underrated’ bagi mendemokrasikan dana kerajaan dengan membenarkan orang awam memohon sebarang
pembangunan kecil secara terus.

“Walau bagaimanapun, sudah pasti pembangkang masih berpeluang menamatkan rancangan politik sempit mereka dengan meneruskan rundingan dan melaksanakan kebertanggungjawaban (accountable) terhadap peruntukan tersebut melalui mekanisme MoU,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Semua ahli Parlimen PN sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan berkata, pihaknya menolak MoU atas empat faktor antaranya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar