JPKN dijulang sebagai peneraju Transformasi Digital Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menegaskan komitmen memperkukuh transformasi digital apabila Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri sempena sambutan ulang tahun ke-50 jabatan itu.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penjenamaan semula mencerminkan peranan baharu jabatan sebagai peneraju transformasi digital kerajaan negeri serta pemangkin pembangunan inovasi teknologi di Sabah.

“Sejak penubuhan lima dekad lalu, jabatan ini telah menjadi tulang belakang pembangunan sistem dan teknologi maklumat kerajaan negeri, daripada pengkomputeran asas hingga pelaksanaan pelbagai inisiatif digital dalam perkhidmatan awam.

“Dunia kini bergerak pantas ke arah ekonomi digital, inovasi teknologi dan masyarakat berasaskan data, justeru kerajaan perlu menjadi pemacu utama transformasi digital.

“Teknologi digital dan inovasi merupakan enjin utama pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, merangkumi sektor ekonomi digital, pendidikan, perkhidmatan awam, industri kreatif dan pembangunan masyarakat.

“Jabatan ini akan memainkan peranan strategik dalam mempercepat transformasi digital perkhidmatan kerajaan, memperkukuh ekosistem inovasi negeri, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, serta menyokong pembangunan ekonomi digital Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Khamis.

James turut menzahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan terdahulu, pegawai dan kakitangan yang telah menyumbang tenaga sepanjang lima dekad, sehingga jabatan berjaya melakar pelbagai pencapaian dalam pembangunan teknologi maklumat kerajaan negeri.

“Dengan legasi 50 tahun, saya yakin jabatan ini mampu memacu perubahan lebih besar serta memperkukuh keupayaan digital kerajaan demi manfaat rakyat Sabah,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Hassan Mahali; Pengarah Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri, Ernywati Dewi Abas; Ketua Pegawai Eksekutif SabahNet, Kah Yi; serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Mohd Lan Muslim.

Related Posts

Jasa penderma darah terus dihargai

SANDAKAN: Jasa penderma darah sukarela serta komitmen pelbagai agensi, pertubuhan dan syarikat dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit terus dihargai menerusi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

SIBU – Golongan pelajar disaran memainkan peranan lebih aktif sebagai ejen perubahan dengan memperkukuh pengetahuan mengenai dasar dan hala tuju pembangunan Sarawak bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa