Jangan pinggirkan petugas kesihatan, ada keperluan kembalikan kuota RON95 300 liter sebulan

PUTRAJAYA – Wujud keperluan untuk kerajaan mengembalikan kuota subsidi minyak sebanyak 300 liter kepada petugas kesihatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

Presiden Kesatuan Bidan-Bidan dan Jururawat Masyarakat Kerajaan Semenanjung Malaysia (KBJMKSM), Nurul Jannah Md Yusof berkata, jururawat masyarakat tidak terbabit dalam pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR), sebaliknya sentiasa perlu hadir secara fizikal ke hospital atau klinik kesihatan.

Menurut beliau, peranan dimainkan oleh jururawat masyarakat adalah kritikal dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan primer di peringkat komuniti.

“Mereka sentiasa berada dalam keadaan bersedia 24 jam, termasuk menerima panggilan kecemasan pada bila-bila masa seperti kes ibu mengandung yang hampir bersalin, kecemasan kesihatan di kawasan pedalaman serta pelbagai kes lain yang memerlukan tindakan segera.

“Selain itu, perkhidmatan ‘on-call’ secara berseorangan di klinik desa adalah satu realiti tugas yang mencabar, selain jururawat masyarakat terpaksa bergerak bersendirian ke lokasi kecemasan di luar waktu pejabat.

“Mereka bergerak tanpa mengira faktor keselamatan atau risiko ancaman yang mungkin dihadapi sepanjang menjalankan tugas” katanya menerusi kenyataan media kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nurul Jannah berkata, peranan jururawat masyarakat juga melangkaui skop rawatan asas memandangkan mereka bertindak sebagai penyelaras kesihatan komuniti.

Beliau berpandangan, perkara itu termasuklah di hospital, melaksanakan program imunisasi, penjagaan kesihatan ibu dan anak, pemantauan penyakit berjangkit, kesihatan mental, kesihatan remaja dan warga emas.

“Selain menjalankan lawatan rumah secara berkala, skop tugas yang luas ini jelas tidak diimbangi dengan sokongan logistik dan kompensasi yang sewajarnya.

“Lebih membimbangkan, ramai dalam kalangan jururawat masyarakat terpaksa menanggung sendiri kos logistik termasuk penggunaan kenderaan peribadi bagi tujuan lawatan rumah ke rumah pesakit.

“Dengan 200 liter subsidi minyak yang ditetapkan oleh kerajaan amatlah tidak mencukupi untuk petugas kesihatan, tambahan pula, terdapat dalam kalangan petugas yang perlu berulang alik sejauh 20 hingga 30 kilometer setiap hari dari rumah ke tempat bertugas,” katanya.

Beliau berkata, keadaan ini bukan saja memberi tekanan kewangan, malah berpotensi menjejaskan kesejahteraan emosi petugas kesihatan yang juga barisan hadapan negara, sekali gus boleh memberi kesan kepada mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Kami menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU), Ajulahin Japin yang menggesa kerajaan mengembalikan kuota subsidi minyak sebanyak 300 liter memandangkan mereka tidak boleh bekerja dari rumah.

“Sehubungan itu, KBJMKSM berpandangan pengembalian kuota subsidi minyak sebanyak 300 liter adalah satu langkah yang wajar, adil dan amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan komuniti yang efisien dan berkesan.

“Kami dengan penuh hormat memohon kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan subsidi ini demi kebajikan petugas kesihatan serta kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan mereka setiap hari,” katanya.

Selain seruan daripada MAPSU, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) turut menyokong perkara itu kerana ada keperluan buat kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi petrol 300 liter kepada petugas kesihatan yang terkesan.

Pengerusi BBC, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ia penting bagi memastikan disiplin fiskal negara dapat diperkukuh tanpa menjejaskan keberkesanan perkhidmatan kesihatan awam kepada rakyat.

Menurut beliau, tidak dapat dinafikan sebahagian petugas kesihatan awam menggunakan kenderaan sendiri bagi melaksanakan lawatan pesakit kronik, pemantauan penyakit berjangkit serta intervensi kesihatan komuniti.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China