RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional akan digubal semula

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara akan menggerakkan semula usaha bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (SKRN).

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, langkah itu diambil bagi menubuhkan sebuah badan berkanun bebas demi memperkukuh keharmonian antara etnik serta agama di negara ini.

Beliau memaklumkan, cadangan penubuhan SKRN baharu tersebut akan memberi tumpuan dengan menekankan pendekatan pencegahan dan pendamaian.

“Pada masa sama, ia juga memberi fokus kepada usaha pencegahan awal, mediasi, serta penyelesaian secara harmoni dan konstruktif. Pendekatan ini selaras dengan amalan antarabangsa seperti Maintenance of Religious Harmony Act (MHRA) di Singapura.

“Ia juga inspirasi daripada Australian Human Rights Commission (AHRC) yang memfokuskan kepada kohesi sosial melalui pemantauan insiden perkauman, pembinaan perkongsian strategik antara pemegang taruh, serta pendidikan masyarakat melalui mediasi dan advokasi,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Aaron berkata, model National Peace and Reconciliation Commission (NPRC) di Zimbabwe turut dijadikan rujukan, terutamanya dalam pengesanan awal kawasan berpotensi konflik, mediasi komuniti, dan pembangunan program pencegahan bagi mengelakkan pertikaian berulang.

Menurut beliau, suruhanjaya itu juga akan mengendalikan proses mediasi secara rasmi dan menerbitkan laporan awam, tertakluk kepada had tertentu demi kepentingan keselamatan negara.

“SKRN dijangka berupaya menjalankan siasatan terhadap isu yang menjejaskan keharmonian, memanggil pihak berkaitan untuk memberi keterangan, mengeluarkan syor tindakan dan langkah pencegahan kepada kerajaan serta agensi berkaitan.

“Sehubungan itu, pihak kementerian telah memulakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak sejak April lalu.

“Sesi akan diteruskan secara inklusif dengan penglibatan agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, komuniti setempat serta pemegang taruh berkaitan,” katanya.

Terdahulu, The Malaysia Press (TMP) melaporkan aktivis perlindungan sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan, sudah tiba masanya Malaysia memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional bagi memperkukuh hubungan antara kaum, memupuk persefahaman, serta memastikan perpaduan negara terus terpelihara.

Beliau berkata, kebelakangan ini, berlakunya peningkatan kenyataan berbaur sensitif, provokasi kaum dan agama, serta penyebaran naratif yang boleh memecahbelahkan masyarakat, khususnya melalui media sosial.

Lam Thye yang juga Pengerusi Alliance for a Safe Community memaklumkan, seiring dengan pengenalan akta itu, adalah penting untuk menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian Nasional bagi memastikan pelaksanaan akta ini berjalan dengan berkesan.

Jelasnya, agensi itu boleh berperanan untuk menggalakkan dialog antara kaum dan agama, bertindak sebagai badan mediasi dalam isu sensitif, melaksanakan program pendidikan dan kesedaran mengenai perpaduan.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori