18 veteran tentera dirai pada majlis bersama Panglima ATM

SANDAKAN – Seramai 18 veteran tentera di daerah ini menerima penghargaan dalam Majlis Ramah Mesra Panglima Angkatan Tentera bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Dewan Azim, RKTLDM Batu 5, di sini, pada Ahad.

Penghargaan itu melibatkan veteran daripada pelbagai persatuan termasuk Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Sandakan, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia Sandakan, Persatuan Veteran TLDM Cawangan Sabah Zon Sandakan, Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah Zon Sandakan serta Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Komuniti Sandakan.

Majlis yang dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman itu turut menghimpunkan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota Tentera Darat Malaysia daripada Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Program berkenaan menjadi platform penting dalam menghargai jasa dan pengorbanan veteran selain memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi ATM dengan anggota yang sedang berkhidmat.

Dalam masa sama, ia memberi ruang kepada warga ATM untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan kepimpinan tertinggi, sekali gus menyuntik semangat dan motivasi dalam melaksanakan amanah menjaga kedaulatan negara.

Majlis itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan operasi Panglima Angkatan Tentera ke kawasan Timur Sabah yang merangkumi Tawau, Semporna, Sandakan, Kudat dan Kota Kinabalu.

Penganjuran program seumpama itu dilihat mampu mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga ATM serta terus meningkatkan moral anggota dalam menghadapi cabaran penugasan, khususnya di Sabah.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri