Protes harga minyak hambar, pembangkang gagal tarik sokongan

HIMPUNAN protes berkaitan isu harga minyak yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur didakwa tidak mendapat sambutan besar daripada orang ramai.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, berdasarkan pemerhatiannya, jumlah kehadiran di lokasi berkenaan dilihat kecil walaupun penganjur sudah membuat seruan beberapa hari lebih awal.

Beliau mendakwa himpunan itu diketuai oleh Datuk Dr Ibrahim Ali dan turut dihadiri wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Putra).

Menurutnya, antara perkara yang menarik perhatian ialah kehadiran individu dikenali sebagai Albert Tei Jiann Cheing yang turut berada di lokasi berkenaan.

“Dan yang paling menarik perhatian saya adalah Albert Tay. So, sejak bila Albert Tei ni jadi aktivis politik, saya tidak tahulah.

“Dan kalau berdasarkan perkembangan-perkembangan isu Albert Tei, termasuk pendedahan Albert Tei sendiri, dia seolah-olah menerusi pendedahan dia, dia terlibat dengan rasuah,” katanya.

Raggie berkata, lokasi di hadapan Sogo sememangnya sering digunakan sebagai tempat berhimpun kerana kawasan itu sentiasa dipenuhi orang ramai yang datang membeli-belah atau sekadar melalui kawasan tersebut.

“Ini taktik lazim dari dulu. Zaman kita dulu menganjurkan perhimpunan pun kita buat dekat Sogo sebab dekat situ memang ramai orang.

“Jadi kalau kamu tak pasti ada orang akan datang ke tidak, kamu buat kat sana, akan ada pemerhati. Sebab ramai orang kat situ,” katanya.

Menurut beliau, kehadiran yang sedikit di lokasi berkenaan menunjukkan himpunan itu tidak mendapat sambutan besar walaupun kawasan tersebut sememangnya mempunyai orang ramai yang lalu-lalang.

Mengulas isu harga diesel, Raggie berkata, beliau sudah menjelaskan perkara itu secara terperinci menerusi dua siaran langsung di saluran YouTubenya.

“Live pertama, saya cerita berkenaan dengan sebab sebenar harga diesel naik, jangan termakan putar belik bodoh terdesak pembangkang.

“Jadi awak wajib tonton. Sebab saya huraikan di situ, saya bukan berretorika, bukannya bercakap politik, dengan terperinci sebab harga diesel naik walaupun kita negara pengeluar,” katanya.

Beliau turut mendakwa beberapa pihak pembangkang secara tidak langsung mengakui Malaysia turut tertakluk kepada harga minyak global.

Dalam pada itu, Raggie berkata, rakyat secara umumnya tidak merasakan kesan mendadak terhadap harga makanan walaupun berlaku pelarasan harga diesel.

Menurutnya, sektor pengangkutan barangan tertentu masih menerima kemudahan khusus seperti kad subsidi diesel yang membantu mengurangkan kesan kepada kos pengangkutan.

Beliau juga berkata harga petrol RON95 yang kekal pada RM1.99 seliter turut menyebabkan ramai pengguna tidak merasakan beban ketara.

“Tak pernah dalam sejarah satu kerajaan boleh kekalkan harga RON95 dalam keadaan paling mendesak dalam sejarah pada RM1.99.

“Pak cik yang akhirnya pergi ke stesen minyak dan isi dan keluar duit adalah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang bayar RM1.99 satu liter mereka kata mereka tak rasa terbeban. Mereka rasa bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat kegagalan himpunan tersebut menarik kehadiran besar menunjukkan strategi pembangkang memainkan isu harga minyak tidak mendapat sambutan meluas dalam kalangan rakyat.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos