Kerajaan mungkin kaji semula unjuran ekonomi jika konflik Asia Barat berlarutan – PM

KUALA KANGSAR – Kerajaan akan menilai semula beberapa perkara termasuk unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan pelaksanaan projek besar sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan krisis tenaga dunia mempunyai kaitan langsung dengan kedudukan ekonomi negara.

“Unjuran pertumbuhan kita, projek-projek besar, semuanya harus dikaji semula (jika krisis berlarutan). Doakan mudah-mudahan kita dapat selesaikan masalah ini.

“Setakat ini kita masih bertahan,” katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama warga dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut dibantu Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Menteri-menteri semua juga terpaksa bertungkus lumus betulkan keadaan,” katanya sambil menegaskan krisis ekonomi yang berlaku ketika ini bukan sesuatu yang direka.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat segelintir pemimpin pembangkang yang terus mengecam kerajaan berhubung krisis berkenaan.

“Laporan terakhir oleh Bank Negara Malaysia bulan lalu menyatakan prestasi ekonomi kita meningkat lebih baik daripada yang kita unjurkan, dari segi pertumbuhan, pelaburan dan inflasi.

“Semua jauh lebih baik daripada yang diunjurkan. Sekonyong-konyong tiba peperangan akibat serangan Zionis Israel yang zalim ke atas negara Islam, Iran yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

“Seluruh dunia digemparkan dengan krisis, bukan saja krisis minyak dan gas, malah krisis ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia turut dihubungi beberapa negara berhubung peranan sebagai perantara berikutan dasar luar negara yang bebas.

“Negara Arab seperti Iraq, selain Turkiye, Australia dan New Zealand serta negara ASEAN, semua menghubungi Malaysia sebagai perantara dengan Iran.

“Menteri Luar Iran dan presidennya sendiri bercakap (dengan Malaysia) kerana kita negara bebas. Sesetengah negara tak berani bercakap dengan Iran walaupun negara itu merdeka dan berdaulat.

“Sesetengah negara hendak kutuk serangan biadap Israel terhadap Iran pun tidak mampu, tapi kita Alhamdulillah,” katanya.

Beliau berkata, usul mengutuk serangan Israel yang dibawa ke Parlimen sebelum ini turut diluluskan sebulat suara.

“Ini petanda negara merdeka dan berdaulat. Apa erti merdeka kalau kita masih tunduk kepada kuasa besar?” kata Anwar.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana