Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import bawang menjelang 2030.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, projek itu memberi fokus kepada penghasilan benih bawang merah berkualiti tinggi bagi memperkukuh kapasiti pengeluaran tempatan.

“Projek itu menggunakan varieti bawang merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang dibangunkan bagi menyokong pengeluaran bawang tempatan secara lebih mampan dan kompetitif.

“Kemudahan mudahan bernilai RM523,000 itu berfungsi sebagai pusat pengendalian, pengeringan dan penyimpanan benih sebelum diedarkan ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

“Usaha ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus menjelang 2030,” katanya baru-baru ini.

Tambahnya, projek berkenaan dilaksanakan bersama usahawan bimbingan MARDI, Shahrizal Denci yang mula menyertai program itu pada 2024.

“Sepanjang dua musim penanaman lalu, beliau berjaya menghasilkan 20 metrik tan bawang merah di kawasan seluas lima ekar.

“Kawasan penanaman itu, kini diperluaskan secara berperingkat sehingga 40 ekar dengan sasaran pengeluaran keseluruhan mencecah 200 metrik tan menjelang 2030,” jelasnya

MARDI memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh pembangunan teknologi pertanian, pemindahan inovasi dan sokongan teknikal bagi memastikan industri bawang merah tempatan terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama