Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam satu kejadian baru-baru ini.

Azhar yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Arr Beruas’ menyifatkan penyebaran video dan laporan berkaitan insiden tersebut sebagai fitnah berniat jahat yang sengaja dimainkan bagi mencemarkan reputasi serta nama baik beliau.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Beruas itu, tindakan yang berlaku hanyalah sekadar menyentuh pipi pelajar terbabit sebagai tanda mesra dan bukannya satu bentuk kekerasan seperti didakwa.

“Saya tidak menampar pelajar itu, sekadar memegang pipi sebagai tanda mesra,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejadian tersebut berlaku ketika menghadiri Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik pada 20 Mei lalu.

Azhar menjelaskan, rakaman video yang tular telah dipotong dan dimanipulasi sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat tanpa memaparkan situasi sebenar.

Katanya, ketika berjalan menuju ke Dewan Makan selepas selesai menyampaikan syarahan, beliau diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan dan dimaklumkan pelajar tersebut merupakan anak saudara kepada sahabat karibnya.

“Suasana ketika itu sangat mesra dan harmoni. Atas hubungan rapat dengan bapa saudara pelajar berkenaan, saya bersalaman dan menyentuh pipinya sebagai tanda kemesraan seorang yang lebih tua,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan tiada sebarang unsur kekerasan, tamparan atau serangan fizikal berlaku seperti yang digambarkan pihak tertentu.

Menurutnya, tindakan tersebut berlaku secara terbuka dan disaksikan ramai individu termasuk pegawai HEP UiTM, pengurusan program serta peserta lain yang hadir.

Sehubungan itu, Azhar melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang didakwa mengeksploitasi rakaman video pendek berkenaan untuk mencetuskan persepsi negatif terhadap dirinya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya meneliti fakta sebenar sebelum menyebarkan sesuatu perkara di media sosial serta memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan kenyataan palsu.

“Saya menyimpan segala hak di sisi undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan kenyataan palsu yang menjejaskan reputasi saya,” tegasnya.

Terdahulu, seorang pelajar, Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi, 23, mendakwa dia ditampar oleh seorang bekas senator kira-kira jam 6 petang pada 20 Mei lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas tercetus perbualan berkaitan Pas sebelum individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan mengkritik parti itu dan secara tiba-tiba menampar pipi kirinya menggunakan tangan kanan.

Nik Alif Aiman mendakwa tamparan tersebut tidak menyebabkan kecederaan fizikal yang serius, namun cukup kuat sehingga menyebabkan kepala dan mukanya bergerak ke sebelah kanan akibat impak berkenaan.

Susulan kejadian itu, dia mendakwa berasa terhina, malu dan terkesan dari segi emosi memandangkan insiden berlaku di hadapan orang ramai sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 30 Mei lalu.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana