Slogan politik hilang makna jika tidak selari realiti – Salleh Said Keruak

KEBERKESANAN sokongan politik tidak lagi bergantung kepada kekuatan slogan semata-mata, sebaliknya ditentukan oleh realiti kehidupan rakyat.

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, penggunaan cogan kata dalam politik Malaysia telah berkembang daripada sekadar semangat nasional kepada alat komunikasi strategik yang membentuk persepsi awal masyarakat terhadap kepimpinan.

“Branding membentuk persepsi awal, namun rakyat akhirnya menilai berdasarkan pengalaman sebenar seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan integriti pentadbiran.

“Tanpa hasil yang dirasai, slogan akan kehilangan makna. Kesimpulannya, realiti rakyat kekal sebagai penentu utama sokongan politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Jumaat.

Salleh turut mengimbas penggunaan slogan sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila penjenamaan politik mula disusun secara lebih terancang.

Menurut beliau, slogan politik telah berkembang daripada ungkapan umum semangat kebangsaan kepada alat komunikasi strategik.

“Slogan seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’, ‘Malaysia Boleh’, ‘Wawasan 2020’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ membantu membentuk naratif pembangunan dan etika pentadbiran.”

Beliau berkata, Abdullah Ahmad Badawi kemudian meneruskan pendekatan itu dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang menekankan nilai, keseimbangan dan tadbir urus beretika.

“Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan penggunaan branding yang lebih menyeluruh melalui 1Malaysia, disokong oleh agenda transformasi seperti ETP, GTP dan TN50. Dalam tempoh kedua Tun Mahathir Mohamad, naratif Malaysia Baharu menekankan reformasi institusi walaupun tanpa slogan dominan.

“Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa konsep Prihatin dan slogan sosial Kita Jaga Kita dalam konteks krisis. Era Datuk Sero Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan Keluarga Malaysia, diikuti Anwar Ibrahim dengan Malaysia MADANI,” katanya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri