‘Bila kita sakit, siapa peduli?’ – Kisah pilu seorang rakan media diuji penyakit

KUCHING – Dalam kesibukan mengejar berita dan merakam detik kehidupan orang lain, seorang rakan media, Razali Nordin, kini diuji dengan ujian kesihatan yang berat.

Razali, 54, dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit termasuk masalah injap jantung, batu karang dalam hempedu, gangguan buah pinggang serta diabetes (kencing manis), sehingga memerlukan bantuan kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam suasana penuh cemas, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Petra Jaya tampil membantu membawa beliau menggunakan ambulans EMS ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Situasi itu bukan sahaja menyentuh hati keluarga, malah rakan-rakan media yang hadir turut menyaksikan sendiri detik getir tersebut — seorang insan yang selama ini berada di belakang lensa, kini menjadi subjek dalam kisah perjuangan hidupnya sendiri.

Ucapan penghargaan dizahirkan kepada pihak bomba atas tindakan pantas mereka, selain penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, serta Timbalan Menteri Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol, yang turut mengambil berat terhadap keadaan beliau.

Rakan-rakan media juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan, membuktikan semangat setiakawan dalam kalangan pengamal media masih utuh.

Namun di sebalik kejadian ini, terselit satu luahan yang cukup menyentuh jiwa daripada Naib Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Zulazhar Sheblee.

“Jagalah kesihatan kita semua. Jika ada orang awam memerlukan, kita media akan membantu mereka. Tapi bila media sakit dan memerlukan bantuan… tiada orang akan ambil tahu,” katanya.

Kata-kata itu seakan menggambarkan realiti pahit yang sering dilalui oleh insan di sebalik tabir — mereka yang sentiasa berada di lapangan, tetapi jarang mendapat perhatian apabila diri sendiri diuji.

Kisah Razali menjadi peringatan buat semua bahawa kesihatan adalah aset paling berharga. Dalam mengejar tugas dan tanggungjawab, jangan sesekali mengabaikan diri sendiri.

Kerana akhirnya, ketika tubuh mula lemah… hanya kesedaran dan keprihatinan sesama insan yang mampu menjadi penyelamat.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan