
SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membincangkan pelantikan Ketua Pengarah baharu bagi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) susulan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu belum dibincanglan di peringkat kementerian.
“Belum, kita belum bincang,” katanya seperti dipetik berita tempatan hari ini.
Mengulas mengenai status perkhidmatan Mohd Shuhaily, Saifuddin berkata, perkara itu perlu diuruskan berdasarkan prosedur dan peraturan perkhidmatan awam susulan pertuduhan yang dihadapi pegawai berkenaan.
“Dari segi penjawat awam, apabila seseorang dikenakan pertuduhan ada sistem dan aturan yang perlu diuruskan oleh bahagian perkhidmatan awam,” katanya.

Sebelum ini, KDN memutuskan untuk memutuskan bagi mengembalikan Mohd Shuhaily yang berkhidmat secara pinjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS ke PDRM.
Bagaimanapun, menerusi hantaran di Facebook rasmi AKPS pagi tadi, Mohd Shuhaily dilihat kembali menjalankan tugas selepas bercuti minggu lalu termasuk mempengwrusikan Mesyuarat Comander’s Call Bill. 3/2026.
Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan sengaja memyebabkan kecerderaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sSepang pada 28 September lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimun RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
