PKR Miri catat pertambahan anggota di Senadin menjelang PRN Sarawak

MIRI – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri mencatatkan pertambahan anggota baharu di kawasan Senadin, sekali gus memperkukuh usaha parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri dan Ketua Cabang PKR Miri, Chiew Choon Man berkata, perkembangan itu dapat dilihat menerusi pertemuan bersama lebih 300 anggota parti, termasuk anggota lama dan baharu, di Taman Desa Senadin baru-baru ini.

Menurutnya, pertemuan berkenaan menjadi platform mengeratkan hubungan sesama anggota, memperkukuh organisasi parti serta mendengar pandangan dan permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, kepercayaan rakyat perlu terus dipupuk melalui perkhidmatan yang konsisten, pendekatan mesra masyarakat dan kesungguhan memperjuangkan kepentingan penduduk setempat.

“Sebagai salah sebuah parti dalam kerajaan Persekutuan, PKR bertanggungjawab memastikan dasar dan inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim difahami serta dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Choon Man berkata, pertemuan itu turut memberi ruang kepadanya berkongsi maklumat terkini mengenai dasar, bantuan dan inisiatif kerajaan MADANI, termasuk proses permohonan geran serta pelbagai bantuan yang disediakan kepada rakyat.

Menurutnya, anggota parti perlu memainkan peranan lebih aktif sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat bagi memastikan maklumat mengenai bantuan dan inisiatif berkenaan sampai kepada golongan sasar.

Dalam pada itu, beliau berkata, persiapan menghadapi PRN Sarawak turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Katanya, PKR Cabang Miri perlu terus memperkukuh jentera parti, memantapkan gerak kerja di lapangan serta memperluas jaringan dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Beliau berkata, pertambahan anggota baharu di Senadin merupakan perkembangan yang menggalakkan, namun perlu disusuli usaha berterusan serta komitmen semua anggota.

“Setiap anggota mempunyai peranan penting dalam memahami keperluan masyarakat, menyampaikan mesej perjuangan dan membina keyakinan rakyat terhadap keupayaan PKR untuk berkhidmat,” katanya.

Choon Man turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh organisasi parti serta memastikan suara dan aspirasi masyarakat Miri diberikan perhatian dalam usaha memperjuangkan pembangunan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000