Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

MELAKA – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya dalam saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai pengiktirafan terhadap reputasi beliau serta penegasan bahawa kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab.

Menurut Teresa, mahkamah turut mengeluarkan injunksi bagi menghalang penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah berkenaan, selain mengarahkan kandungan itu dipadam daripada media sosial dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau terbuka terhadap kritikan membina dan perbahasan politik yang tegas namun kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memfitnah, merendahkan martabat atau menjejaskan reputasi individu secara tidak adil.

“Tindakan ini bukanlah mengenai keuntungan kewangan atau usaha untuk menyekat lawan politik. Sebaliknya, ia berkaitan maruah, prinsip dan usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang,” katanya, dalam kenyataan di media sosial pada Isnin.

Beliau turut mengingatkan bahawa tiada sesiapa, tanpa mengira kedudukan atau pengaruh politik, berada di atas undang-undang.

Menurutnya, keputusan itu diharap menjadi peringatan bahawa kebebasan dalam sistem demokrasi perlu digunakan secara bertanggungjawab.

“Undang-undang telah bersuara dan keadilan telah ditegakkan,” katanya.

Untuk rekod, mahkamah memerintahkan Akmal membuat bayaran ganti rugi am dan teruk berjumlah RM250,000 serta kos sebanyak RM50,000 kepada Teresa.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah